Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak syarikat S'pura berminat labur di Sri Lanka

Perjanjian Perdagangan Bebas Sri Lanka-Singapura yang dimeterai Januari lalu, merangsang minat dari syarikat-syarikat Singapura untuk melabur di Sri Lanka.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak syarikat S'pura berminat labur di Sri Lanka

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena. (Gambar: Lianne Chia)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 07:35PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 07:38PM

SINGAPURA: Perjanjian Perdagangan Bebas Sri Lanka-Singapura yang dimeterai Januari lalu, merangsang minat dari syarikat-syarikat Singapura untuk melabur di Sri Lanka.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan S Iswaran berkata demikian di forum pelaburan Sri Lanka yang pertama hari ini (2 Mac).

Menyampaikan ucaptamanya di forum itu Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berkata keutamaan pemerintahnya adalah untuk menarik lebih banyak pelaburan asing secara langsung.

Ia sejajar dengan visinya untuk menjadi sebuah ekonomi yang berteraskan ilmu dan berdaya saing tinggi.

Forum dihadiri sekitar 400 pengurus dana dan pelabur lain.  

Sumber : CNA/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan