Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan kebajikan, perubatan bagi jemaah haji S'pura 2019

Para jemaah haji Singapura tahun ini  menikmati lebih banyak sokongan kebajikan dan perubatan dari Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para jemaah haji Singapura tahun ini menikmati lebih banyak sokongan kebajikan dan perubatan dari Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO).

Menurut Ketua Delegasi Haji, Dr Albakri Ahmad, pusat-pusat perubatan beroperasi di lebih banyak kawasan di Makkah dan Shisha.

Dr Albakri mengiringi kumpulan terbesar jemaah haji Singapura tahun ini yang berangkat ke Arab Saudi hari ini (3 Ogos).

Rombongan seramai 374 jemaah haji dari 10 agensi pelancongan itu berangkat ke Tanah Suci menerusi penerbangan Scoot Airways dan Saudi Arabian Airlines.

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan, Amrin Amin berada di lapangan terbang untuk menghantar jemaah haji itu dengan ditemani Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram dan Timbalan Ketua Eksekutif MUIS, Mohd Fahmi Aliman.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MUIS, para pegawai SPAO meningkatkan keupayaan untuk merawat purata 200 orang pesakit berbanding 150 sebelum ini.

Bagi menampung keperluan para jemaah, khususnya jemaah lanjut usia, lebih banyak pusat perubatan disediakan di Madinah, Makkah dan Shisha.

"Pada tahun ini, kita alhamdulillah telah mendapat tempat di Shisha yang lebih besar dan boleh menampung lebih daripada 200 jemaah kalau mereka perlukan khidmat-khidmat perubatan di sana," kata Encik AlBakri, yang juga Timbalan Ketua Eksekutif MUIS.

Kumpulan terakhir jemaah haji Singapura akan berlepas ke Tanah Suci pada Rabu (7 Ogos) depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan