Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan bagi bantu peralihan anggota NSF ke alam pekerjaan, pelajaran

Lebih 4,000 anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa(NSF) menghadiri pameran kerjaya dan pendidikan yang dipertingkat hari ini (14 Ogos) bagi mempersiap diri mereka beralih kepada alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2019 07:45PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 10:24PM

SINGAPURA: Lebih 4,000 anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa(NSF) menghadiri pameran kerjaya dan pendidikan yang dipertingkat hari ini (14 Ogos) bagi mempersiap diri mereka beralih kepada alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.

Pameran tersebut menarik lebih 70 penyertaan dan ia turut diserikan dengan kehadiran Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How.

Turut dilancarkan adalah Pek Permulaan Kerjaya digital versi NS yang melengkapkan anggota NSF dengan kemahiran yang diperlukan untuk mencari kerja.

Terdapat juga bengkel-bengkel yang membimbing mereka membuat pilihan bijak selepas menamatkan Perkhidmatan Negara. Ia sebagai tambahan kepada usaha-usaha sedia ada untuk menyokong anggota NSF dalam peralihan mereka ke sekolah atau tempat kerja.

Encik Heng menekankan bahawa kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi masa kini serta pada masa depan sentiasa berubah.

"Ini adalah satu perjalanan yang tiada penghujungnya tetapi ia juga komitmen bagi MINDEF serta SAF untuk sentiasa menilai apa yang relevan dan kemudian bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi, institusi pendidikan serta para majikan kami demi membawakan maklumat terkini, terbaik dan paling relevan buat para pegawai NS sepenuh masa kami," ujar beliau.  

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan