Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak pertubuhan sedang teroka cara gunakan AI secara bertanggungjawab

 Lebih banyak pertubuhan kini sedang meneroka cara bagaimana menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab dan mengutamakan keperluan untuk mendapatkan kepercayaan orang awam tentang penggunaan AI.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak pertubuhan sedang teroka cara gunakan AI secara bertanggungjawab

(Gambar: Tim Wimborne/Reuters)

Diterbitkan : 22 Jan 2020 05:35PM Dikemas Kini : 22 Jan 2020 05:36PM

SINGAPURA: Lebih banyak pertubuhan kini sedang meneroka cara bagaimana menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab dan mengutamakan keperluan untuk mendapatkan kepercayaan orang awam tentang penggunaan AI.

Demikian menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) yang mendapatkan pandangan para pemain industri menyusuli pelancaran Rangka Kerja Tadbir Urus Model AI Singapura tahun lalu.

Misalnya, tiada seorang pun yang suka dimasukkan ke hospital, apatah lagi apabila bil hospital mereka adalah lebih tinggi daripada apa yang dianggarkan.

Sebuah syarikat pemula Singapura UCARE.AI dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan sistem anggaran kos AI. Sistem itu menghasilkan anggaran kos rawatan hospital dengan ketepatan lebih 80%.

Sejak sistem tersebut diperkenalkan di hospital-hospital Parkway Pantai dua tahun lalu, jumlah pesakit yang membuat aduan merosot.

UCARE.AI adalah salah satu daripada 15 syarikat yang sudah memanfaatkan rangka kerja Tadbir Urus Model AI Singapura.

Menurut IMDA, ia merupakan contoh bagaimana AI boleh digunakan untuk membina kepercayaan para pengguna. Ini termasuk menerangkan huraian AI dengan cara yang mudah difahami.

IMDA berharap Garis Pandu Pelaksanaan dan Penilaian Diri bagi Pertubuhan serta contoh kes-kes sebelum ini
akan dapat membimbing pertubuhan lain dengan lebih baik dalam melaksanakan AI secara beretika dan bertanggungjawab.

IMDA menyatakan ia menggalak syarikat-syarikat untuk melaksanakan Rangka Kerja Tadbir Urus Model AI Singapura. Namun ia belum mempertimbangkan langkah penguatkuasaan kerana teknologi AI masih berubah-ubah.

Walaupun ia belum menetapkan tarikh, IMDA menyatakan ia akan menyemak dan mengemas kini rangka kerja tersebut
berdasarkan pembangunan teknologi dan masyarakat.

Ini agar ia kekal relevan dan berguna bagi para pemain industri. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan