Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak perlindungan akan diberikan kepada golongan lemah

Satu matlamat utama pindaan pada kanun keseksaan adalah memberikan lebih banyak perlindungan kepada golongan yang lemah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Feb 2019 03:50PM Dikemas Kini : 11 Feb 2019 11:58PM

SINGAPURA: Satu matlamat utama pindaan pada kanun keseksaan adalah memberikan lebih banyak perlindungan kepada golongan yang lemah.

Ia akan dilakukan dengan mengadakan hukuman lebih berat bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan terhadap golongan tersebut.

Daniel Nasser, dua tahun, mati selepas mengalami kecederaan teruk akibat didera ibu dan teman lelakinya.

Seorang lagi mangsa, Annie Ee, yang kurang daya intelek, juga maut selepas lebih lapan bulan dipukul rakan-rakan serumahnya.

Mangsa-mangsa yang lemah seperti mereka akan diberikan lebih banyak perlindungan apabila pindaan kepada kanun keseksaan itu diluluskan.

Golongan itu termasuk kanak-kanak, pembantu rumah serta mereka yang cacat dan kurang daya intelek.

Mereka yang melakukan jenayah ke atas golongan tersebut, mungkin dihukum sehingga dua kali ganda daripada hukuman maksimum sekarang.

Selain itu akan ada dua kategori mangsa lemah iaitu yang ada hubungan rapat atau hubungan intim dengan si pesalah.

Mereka ada hubungan rapat adalah orang-orang yang tinggal di dalam rumah yang sama dan sering berhubungan antara satu sama lain.

Hubungan intim pula adalah seseorang yang menjaga dan menyokong seorang anak dan saling bergantung antara satu sama lain dari segi kewangan atau berkongsi tanggungjawab kehidupan seharian.

Kesalahan yang disenaraikan ke atas mangsa mungkin melibatkan hukuman berat yang sama.

Para penjaga atau anggota keluarga yang melakukan jenayah ke atas warga tua juga mungkin menerima hukuman yang lebih berat sekiranya si mangsa dan pesalahnya didapati ada hubungan rapat. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan