Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak peraturan diperlukan bagi cergaskan pembangunan AI

Perlu ada lebih banyak peraturan bagi mengawal selia pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) kerana ia mampu merangsang kemajuan teknologi baru itu, kata Pengarah Pengurusan Microsoft Research Asia Hon Hsiao Wuen.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak peraturan diperlukan bagi cergaskan pembangunan AI

Eksekutif Microsoft Hon Hsiao Wuen (kiri) dan Kevin Wo di majlis pemeteraian bersama dengan Profesor Ho Teck Hua, pengerusi eksekutif AI Singapore (dua dari kanan), dan presiden NUS Tan Eng Chye (kanan). (Gambar: Microsoft)

Diterbitkan : 27 Sep 2018 11:17AM Dikemas Kini : 27 Sep 2018 11:21AM

SINGAPURA: Perlu ada lebih banyak peraturan bagi mengawal selia pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) kerana ia mampu merangsang kemajuan teknologi baru itu, kata Pengarah Pengurusan Microsoft Research Asia Hon Hsiao Wuen.

Dalam wawancara bersama Mediacorp, Dr Hon berkata syarikat-syarikat teknologi lazimnya meminta supaya diberikan kelonggaran atas sebab peraturan akan menyekat inovasi. Syarikat gergasi itu bagaimanapun berpandangan sebaliknya.

"Saya fikir perlu ada garis panduan yang terbuka, adil dan jelas" tentang AI kerana ini mampu merangsang inovasi mampan, jelas beliau.

Modus operandi "bergerak pantas dan kemudian berdepan dengan masalah" syarikat-syarikat seperti Uber dan Airbnb, masing-masing sudah menjejas sektor pengangkutan dan rumah sewa, ia mungkin tidak baik bagi masyarakat umum buat jangka panjang, katanya.

"Kami inginkan semuanya bergerak pantas (dalam bidang AI) bukan hanya kelompok-kelompok tertentu," kata Dr Hon.

Beliau juga menarik perhatian bahawa syarikat gergasi Amerika Syarikat itu sedang berunding dengan pemerintah-pemerintah di merata dunia, terutama sekali di Singapura, untuk berkongsi pandangan dan kepakarannya tentang teknologi baru itu.

Sedang AI menjadi kian penting dan relevan kepada orang ramai, para pemerintah di merata dunia bimbang akan kesan teknologi tersebut dan mencari huraian untuk mengelaknya.

Ini digambarkan dalam rencana Profesor Madya James Crabtree dari Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew yang diterbitkan pada Februari lalu. Dalam rencana tersebut, beliau menyatakan bahawa meskipun China dan Amerika Syarikat melaburkan berbilion-bilion dolar dalam teknologi baru itu, AI kekal dianggap sebagai satu keprihatinan kerana ia menggantikan tenaga kerja dan menganggu privasi orang ramai.

TINGKAT KEMAHIRAN PMET

Dr Hon berada di Singapura bagi menyaksikan pemeteraian kerjasama dengan Universiti Nasional Singapura pada Rabu (26 Sep).

Sebagai sebahagian daripada Program Inovasi Bersama Microsoft-AI Singapore (AISG), kedua-dua pihak memperkenalkan tiga inisiatif di bawah: Program Pertukaran AI, AI untuk Kegunaan Seharian (AI for Real) dan AI untuk Penyelidikan.

Program Pertukaran AI khususnya menyasarkan untuk melengkapi para karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen) dengan kepakaran AI. Seorang jurucakap berkata 150 PMET akan dilengkapi dengan kemahiran itu, dan golongan inilah yang pekerjaan ataupun industri berkemungkinan akan terjejas dengan teknologi AI.

Mereka akan mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan mendapat sijil selepas menjalani kurikulum Program Profesional Microsoft. Ini akan memudahkan pelaksanaan 100 projek perintis AI di bawah inisiatif AI untuk Kegunaan Seharian, menurutnya dalam satu kenyataan berasingan.

Dr Hon menjelaskan kerjasama dengan institusi-institusi pendidikan seperti NUS adalah langkah pertama untuk merapatkan jurang yang ada dalam industri buat masa ini.

Bagi jangka panjang, Microsoft berharap untuk membangunkan kurikulum AI yang akan menyertakan kemahiran pengiraan dan mencari huraian - sesuatu yang sudah dijalankan menggunakan program Minecraft sebagai bahan pembelajaran, jelasnya.

Kerjasamanya dengan NUS merupakan lanjutan kepada satu inisiatif lebih besar yang disertai Microsoft di Singapura.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan