Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak penutupan awal, khidmat MRT mula lebih lewat dijangkakan tahun ini

Para penumpang kereta api yang baru-baru ini terjejas dengan jadual penutupan awal dan khidmat MRT yang bermula lebih lewat daripada biasa di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) akan mengalami lebih banyak insiden serupa pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak penutupan awal, khidmat MRT mula lebih lewat dijangkakan tahun ini

Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 07 Mar 2018 11:47AM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 12:29PM

SINGAPURA: Para penumpang kereta api yang baru-baru ini terjejas dengan jadual penutupan awal dan khidmat MRT yang bermula lebih lewat daripada biasa di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) akan mengalami lebih banyak insiden serupa pada tahun ini.

Semasa membahaskan peruntukan bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Parlimen hari ini (7 Mac), Menterinya Khaw Boon Wan mengumumkan bahawa tempoh untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan itu akan diteruskan menjangkaui Jun tahun ini bagi mempercepatkan kerja-kerja penyenggaraan.

Bagi menyokong kerja-kerja memperbaharui rel dan menampung perubahan pada waktu operasi, lebih banyak bas akan dikerahkan ke laluan-laluan MRT yang terjejas.

PENGUMUMAN LALU

Pada Januari, MOT mengumumkan bahawa waktu operasi bagi kesemua 35 stesen di Laluan Timur-Barat akan disingkatkan pada bulan Mac bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan.

Waktu operasi mula disingkatkan pada Disember tahun lalu di mana beberapa bahagian di Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat ditutup sepenuhnya pada dua hari Ahad. Ini kemudian disusuli dengan penutupan sepenuhnya 10 stesen MRT selama 2 hari pada bulan Januari.

Seluruh laluan tersebut akan ditutup pada 10.30 malam pada dua hari biasa semasa tempoh cuti sekolah Mac ini iaitu pada 12 dan 14 Mac.

PERKEMBANGAN TERKINI BAGI KERJA PENYENGGARAAN

Waktu tambahan bagi kerja-kerja kejuruteraan itu membantu SMRT menggandakan kemajuan yang dicapai melalui kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan yang dijalankan itu.

Kerja-kerja baik pulih bagi rangkaian NSEWL dijangka selesai dijalankan pada awal 2020.

Dengan lanjutan pada jadual operasi itu, kerja-kerja menggantikan ranjang landas sudahpun selesai dijalankan, bersama dengan kerja-kerja memasang isyarat baru bagi Laluan Utara-Selatan.

Kerja-kerja bagi memasang sistem bekalan tenaga dan menukarkan sistem litar landasan masih dijalankan, sedang 66 kereta api generasi pertama NSEWL dijadual digantikan dengan yang baru.

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG DIYAKINI

Memberikan penjelasan di sebalik naik taraf dan peningkatan pada pengangkutan darat dalam masa beberapa tahun akan datang, Encik Khaw berkata matlamat seterusnya adalah memastikan agar pengangkutan awam terus menjadi pilihan ramai, sekaligus menjadikannya lebih dimampui, diyakini dan mudah.

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan