Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak pakej telefon, bantuan kewangan bagi bantu warga emas dakap pendigitalan

Warga emas tempatan boleh mendapatkan tawaran pakej telefon bijak pada harga lebih murah sebagai sebahagian daripada usaha negara ini membantu mereka mendakapi pendigitalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2020 07:59PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 09:16PM

SINGAPURA: Warga emas tempatan boleh mendapatkan tawaran pakej telefon bijak pada harga lebih murah sebagai sebahagian daripada usaha negara ini membantu mereka mendakapi pendigitalan.

Syarikat-syarikat telko tempatan akan menawarkan kepada golongan warga emas, pakej telefon bimbit dengan lebih banyak data pada harga lebih murah.

Warga emas yang berpendapatan rendah boleh mendapatkan pelan telefon bimbit bersubsidi selama setahun, selepas menyertai sebuah kursus.

Pelan itu memberikan mereka sekurang-kurangnya data 5 GB pada harga $5 sebulan.

Mereka juga boleh membeli sebuah telefon bijak asas pada harga bermula $20.

Mereka juga akan dapat latihan tentang kemahiran digital seperti pembayaran elektronik seperti di perpustakaan awam dan kelab masyarakat.

Pemerintah menyasarkan untuk membangunkan keupayaan digital 100,000 warga tua menjelang akhir tahun ini.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan