Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak khidmat jagaan kesihatan percuma di kejiranan bagi warga tua

Program baru Pertubuhan Palang Merah Singapura, "Community Health on Wheels" atau CHow dilancarkan pagi Sabtu (29 Jul) untuk tujuan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jul 2018 07:40PM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 09:25PM

SINGAPURA: Warga tua di kawasan kejiranan kini boleh mendapatkan lebih banyak khidmat jagaan kesihatan secara percuma, dekat dengan rumah mereka.

Program baru Pertubuhan Palang Merah Singapura, "Community Health on Wheels" atau CHow dilancarkan pagi Sabtu (29 Jul) untuk tujuan tersebut.

Dengan adanya program CHoW ini, kenderaan yang disumbangkan SMRT akan mengelilingi kawasan kejiranan untuk menawarkan khidmat perubatan kepada warga tua.

Ini termasuk pemeriksaan kesihatan, fisioterapi dan kaunseling kesihatan.

Ia bertujuan meningkatkan mutu kehidupan dan daya tahan kesihatan di kalangan para penduduk berusia 65 tahun ke atas.

Lebih 47,000 orang tinggal bersendirian dan pemerintah menjangkakan jumlah itu akan bertambah kepada 83,000 orang pada 2030.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan