Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kerjasama antara sekolah pendidikan khas dengan arus perdana

Semasa perlawanan, atlit kurang upaya intelektual digandingkan dengan pelajar dari sekolah arus perdana. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2018 07:46PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 11:30PM

SINGAPURA: Kempen enam bulan untuk menggalak penyertaan sosial antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan pelajar dari sekolah arus perdana dimulakan hari ini (14 Jul).

Acara Bermain Secara Inklusif, adalah yang pertama seumpamanya di mana lebih 450 pelajar berkeperluan khas dan pelajar dari sekolah arus perdana berkumpul bersama hari ini (14 Jul) untuk bertanding dalam empat jenis sukan.

Acara hari ini menyusuli gesaan di parlimen oleh beberapa Anggota Parlimen pada Rabu lalu (11 Jul), agar lebih banyak kerjasama diadakan antara sekolah-sekolah pendidikan khas dengan arus perdana.

Badminton, bola keranjang, bola lantai dan bola sepak adalah empat sukan yang disertai para atlit.

Semasa perlawanan, atlit kurang upaya intelektual digandingkan dengan pelajar dari sekolah arus perdana.

Pasukan-pasukan itu perlu berlatih bersama selama sekurang-kurangnya lapan minggu untuk layak bagi pertandingan ini.

Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Olimpik Khas Singapura dan SportCares dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan