Images
  • school field

Lebih banyak kemudahan sukan di sekolah dibuka untuk kegunaan umum

SINGAPURA: Lebih banyak kemudahan sukan di sekolah-sekolah dibuka semula pada Sabtu (21 Nov) untuk kegunaan orang ramai.

Menurut Sport Singapore, lebih 30 peratus daripada 7,000 slot yang tersedia untuk hujung minggu ini sudah ditempah.

Walaupun musim hujan sekarang bermakna permainan seperti bola sepak terpaksa dibatalkan, kemudahan-kemudahan sukan di kawasan tertutup terus menerima permintaan yang tinggi.

Selain suhu badan mereka diperiksa, para pengguna perlu memakai gelang tangan berwarna. Setiap warna menunjukkan gelanggang yang ditetapkan untuk mereka.

Para duta jarak selamat juga memastikan langkah cegah penularan COVID-19 itu dipatuhi.

- CNA/RR/tq

Top