Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak kemajuan, peluang pekerjaan dalam sektor kemampanan, kata Grace Fu

Pemerintah akan mempergiatkan usaha membantu syarikat-syarikat perkhidmatan alam sekitar beralih ke digital di tengah-tengah gangguan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Aug 2020 07:32PM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 09:05PM

SINGAPURA: Pemerintah akan mempergiatkan usaha membantu syarikat-syarikat perkhidmatan alam sekitar beralih ke digital di tengah-tengah gangguan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Semasa satu sesi dialog online hari ini (18 Ogos), Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata Pelan Pendigitalan Industri Perkhidmatan Alam Sekitar yang dilancarkan dua tahun lalu akan diperbaharui.

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) akan diberi sokongan untuk mempertingkatkan daya penghasilan, merapatkan jurang kemahiran serta merintis projek-projek.

Butiran lanjut inisiatif itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Cik Fu juga berkata Singapura akan membantu syarikat-syarikat berkembang dalam ekonomi yang lebih hijau dan kurang intensif karbon sambil merujuk kepada pengurusan sampah serta sumber sebagai satu bidang peluang semasa pandemik ini.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan