Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak keluarga didenda membiak nyamuk tahun lalu: NEA

Lebih banyak keluarga didapati membiak nyamuk tahun lalu, menurut perangkaan yang dikeluarkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak keluarga didenda membiak nyamuk tahun lalu: NEA

(Gambar: Aqil Haziq Mahmud)

Diterbitkan : 10 May 2018 12:29AM Dikemas Kini : 10 May 2018 01:35AM

SINGAPURA: Lebih banyak keluarga didapati membiak nyamuk tahun lalu, menurut perangkaan yang dikeluarkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Menurut perangkaan itu, sekitar 4,200 keluarga didenda kerana membiak nyamuk pada 2017 berbanding 3,900 pada 2016.

Setakat 7 Mei, hampir 75 peratus atau 87 daripada 126 tempat pembiakan nyamuk yang ditemui dalam kelompok denggi di Jurong West berada dalam kawasan rumah, demikian menurut NEA kepada Mediacorp hari ini (9 Mei). Ini termasuk dalam piring alas dan pasu bunga, kolah hiasan dan baldi.

Lagi 39 tempat pembiakan ditemui di kawasan-kawasan awam seperti longkang dan bumbung.

Sebanyak 65 kes denggi termasuk tiga kematian dilaporkan dalam kelompok di Jurong West, yang menurut NEA merupakan yang terbesar tahun ini.

Pada Mac 2016, denda S$200 dikenakan bagi pemilik rumah yang membiak nyamuk, meskipun ia berada di luar kelompok denggi.

"Ini bagi memastikan semua pemilik rumah mengambil langkah-langkah segera dan aktif untuk mengelak pembiakan nyamuk ,"kata NEA dalam lamannya.

Selain di rumah, NEA berkata ia juga memantau kawasan-kawasan dengan potensi lebih tinggi bagi pembiakan nyamuk dan penularan denggi, seperti tapak binaan.

Tahun lalu, agensi itu mengeluarkan 48 perintah berhenti kerja di tapak binaan dan mendakwa 28 kontraktor di mahkamah untuk kesalahan berulang.

Ia lebih rendah berbanding 60 Perintah Henti Kerja yang dikeluarkan pada 2016.

Selain itu, NEA mengeluarkan sekitar 670 Notis untuk Hadir di Mahkamah bagi tapak-tapak binaan, tahun lalu. Jumlah itu tidak berubah dari tahun 2016.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata di Parlimen pada 2016 bahawa pemilik rumah yang didapati membiak nyamuk boleh didenda sehingga S$5,000 di bawah Akta Kawalan Vektor dan Serangga Perosak (CVPA).

Bagi penduduk di Jurong West, NEA menyatakan para pegawainya menyembur racun serangga di koridor awam dan dalam rumah untuk membunuh nyamuk dewasa yang dijangkiti virus denggi sekali gus memutuskan rantaian jangkitan.   

Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan