Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak hujan diramal pada 2 minggu pertama September

Lebih banyak cuaca hujan diramalkan bagi dua minggu akan datang, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam maklumannya pada Jumaat (31 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak hujan diramal pada 2 minggu pertama September

Gambar fail.

Diterbitkan : 31 Aug 2018 08:29PM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 08:36PM

SINGAPURA: Lebih banyak cuaca hujan diramalkan bagi dua minggu akan datang, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) dalam maklumannya pada Jumaat (31 Ogos).

Bagi dua minggu akan datang, hujan berserta guruh lebih kerap berlaku di Singapura kebanyakannya pada lewat pagi dan awal tengah hari selama enam hingga lapan hari, menurut MSS.

Tambahan lagi, angin kencang Sumatra mungkin boleh mengakibatkan hujan berserta guruh pada satu atau dua hari awal pagi.

Cuaca hujan bagi tempoh dua minggu berkemungkinan mencecah paras purata di kebanyakan tempat di Singapura, manakala suhu harian dijangka berada antara 25 hingga 33 darjah Selsius bagi kebanyakan hari.

Pada hari yang sedikit atau tiada hujan, keadaan cuaca lebih panas dengan suhu maksimum sekitar 34 darjah Selsius boleh dijangkakan.

Cuaca panas yang dialami pada dua minggu pertama bulan Ogos berubah menjadi lebih sejuk pada dua minggu terakhir dengan hujan lebat berlaku, menurut MSS.

Bagi kebanyakan hari dalam bulan Ogos, suhu maksimum harian tertinggi adalah antara 31 darjah Selsius hingga 33 darjah Selsius. Bagaimanapun suhu maksimum harian pula adalah antara 33.9 darjah Selsius hingga 34.9 darjah Selsius untuk beberapa hari.

Suhu harian minimum bagi Ogos 2018 pula menjangkau antara 23 darjah Selsius hingga 27.1 darjah Selsius.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan