Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak bantuan bagi pekerja khidmat moden belajar kemahiran baru

Para pekerja dalam bidang perkhidmatan kewangan dan profesional serta sektor-sektor infokom dan media akan menerima lebih bantuan supaya dapat menyesuaikan diri dalam landskap pekerjaan yang kian berubah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak bantuan bagi pekerja khidmat moden belajar kemahiran baru

Gambar fail: Roslan Rahman/AFP

Diterbitkan : 25 Jul 2018 10:20AM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 10:27AM

SINGAPURA: Para pekerja dalam bidang perkhidmatan kewangan dan profesional serta sektor-sektor infokom dan media akan menerima lebih bantuan supaya dapat menyesuaikan diri dalam landskap pekerjaan yang kian berubah.

Kesatuan sekerja melancarkan Jawatankuasa Latihan Perkhidmatan Moden (MSTC) yang akan mengatur dan menyediakan latihan bagi para pekerja dalam sektor-sektor tersebut, selaras dengan Pelan Transformasi Industri (ITM) pemerintah.

Menurut Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), ketiga-tiga sektor ini - yang dikategorikan sebagai khidmat-khidmat moden - dijangka mengalami pertumbuhan yang tinggi, dengan lebih 30,000 pekerjaan diwujudkan menjelang 2020.

MSTC bertujuan untuk menggalak syarikat-syarikat yang berkesatuan dan rakan-rakan kongsi mereka, membekalkan para pekerja dengan kemahiran baru. Ia akan menyediakan sokongan kewangan bagi membiayai yuran kursus menerusi Dana Pendidikan dan Latihan NTUC (NETF).

Jawatankuasa itu diumumkan di luar Simposium Masa Depan Pekerjaan, Kerjaya dan Kemahiran semalam (24 Jul).

Tetamu terhormat Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan Cik Indranee Rajah juga menarik perhatian kepada Memorandum Persefahaman yang dimeterai antara Persatuan FinTech Singapura (SFA), NTUC LearningHub, Akademi FinTech dan e2i untuk membangunkan golongan pekerja mahir dengan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam industri FinTech.

Program-program itu akan meliputi bidang-bidang pertumbuhan seperti keselamatan siber, mata wang digital, blok rantai dan Internet of Things (IoT). NTUC menyatakan di bawah program perintisnya, ia berharap dapat mendampingi 500 pekerja profesional.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan