Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih bantuan bagi penduduk susah Hong Kah North, termasuk tokokan CPF

Lebih banyak bantuan akan diberikan kepada penduduk susah di Hong Kah North.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih bantuan bagi penduduk susah Hong Kah North, termasuk tokokan CPF

Seorang warga emas di Singapura. (Gambar: Francine Lim)

Diterbitkan : 20 Mar 2021 07:21PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 07:23PM

SINGAPURA: Lebih banyak bantuan akan diberikan kepada penduduk susah di Hong Kah North.

Sehingga 100 warga emas yang tinggal di flat-flat sewa akan menerima tokokan tunai S$200 sekali sahaja ke akaun CPF mereka.

Tokokan itu akan disalurkan ke dalam Akaun Persaraan CPF mereka.

Mereka yang layak bagi Skim Simpanan Persaraan yang Dipadankan (MRSS) akan menerima tokokan itu daripada pemerintah.

Tokokan CPF itu mungkin diperluaskan kepada mereka yang tinggal di flat-flat flexi 2 bilik.

Inisiatif "Menokok dengan Kasih Sayang" yang merangkumi pengagihan makanan dan tuisyen percuma untuk para pelajar dilancarkan pertubuhan-pertubuhan akar umbi Hong Kah North dengan badan kebajikan Mummy Yummy.

Anggota Parlimen kawasan tersebut, Dr Amy Khor berkata kerjasama sedemikan akan membantu semua pihak menghulurkan bantuan dengan lebih cekap dan berkesan. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan