Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 90,000 pekerja S'pura akan terima bayaran Skim Kredit Gaji

 Lebih 90,000 pekerja Singapura akan menerima bayaran Skim Kredit Gaji. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2019 09:24PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 10:44PM

SINGAPURA: Lebih 90,000 pekerja Singapura akan menerima bayaran Skim Kredit Gaji.

Menjelang akhir Mac, pemerintah akan mengagihkan lebih S$600 juta.

Bayaran itu sebagai tambahan kepada kenaikan gaji untuk pekerja.

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) akan menerima sebahagian besar daripada bayaran, membentuk kira-kira 70 peratus daripada jumlah yang diberikan.

Skim itu bertujuan untuk menggalak syarikat-syarikat berkongsi keuntungan produktiviti dengan pekerja.

Pemerintah akan membiayai 20 peratus kenaikan gaji yang diberikan pada 2017 dan 2018 yang akan memberi manfaat kepada lebih 600,000 pekerja Singapura.

Untuk melayakkan diri, kenaikan gaji bulanan pekerja mesti sekurang-kurangnya S$50 dengan gaji bulanan kasar mereka dihadkan kepada S$4,000. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan