Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 800 pekerja pertengahan kerjaya dilatih semula untuk galas peranan baru

Sejak tahun lalu, lebih 800 pekerja pertengahan kerjaya sudah dilatih semula untuk menggalas peranan baru melalui Program Penukaran Profesional (PCP) penempatan semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Oct 2018 08:05PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 08:59PM

SINGAPURA: Sejak tahun lalu, lebih 800 pekerja pertengahan kerjaya sudah dilatih semula untuk menggalas peranan baru melalui Program Penukaran Profesional (PCP) penempatan semula.

Inisiatif oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG) itu menggalak syarikat- syarikat supaya mengambil pendekatan proaktif dalam menguruskan tenaga kerja masing-masing.

Sebagai contoh, jurutera Encik Shawn Koh sedang menguji pengetahuan barunya dalam gas asli cecair (LNG) untuk memastikan sistem elektrikal di kapal kren Sleipnir, yang boleh tenggelam separuh ini, berfungsi dengan lancar.

Kemahiran untuk menguruskan projek-projek LNG seperti itu dapat beliau lakukan setelah mengikuti Program penempatan semula PCP.

Sejak itu, Encik Shawn dilantik untuk mengendalikan sebuah pasukan dengan tujuh anggota dan beliau juga bertanggungjawab ke atas sistem elektrikal voltan rendah di kapal tersebut.

Sleipnir akan digerakkan oleh dua enjin yang menggunakan minyak gas Marin dan LNG.

LNG dilihat sebagai satu bahan api lebih cekap dan berkesan dari segi kos serta bidang pertumbuhan baru untuk sektor marin.

Dengan harga minyak yang turun naik, Sembcorp Marine sudah melabur dalam keupayaan berkaitan dengan LNG.

Ia juga menyasarkan untuk mendaftarkan 20 pekerja lain bagi program serupa dalam tempoh enam bulan berikutnya.

Usaha syarikat itu untuk menjalankan PCP menerima sokongan subsidi daripada Tenaga Kerja Singapura (WSG).

WSG bekerjasama dengan agensi-agensi sektor, kesatuan dan badan-badan pemerintah seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) untuk memaklumkan kepada syarikat-syarikat tentang bagaimana untuk menempatkan semula kakitangan mereka demi memenuhi keperluan masa depan.

Pada masa depan, WSG merancang untuk memperkukuhkan usaha bagi program penempatan semula PCP dalam sektor-sektor lain yang cepat berubah seperti kewangan, pangangkutan laut dan tenaga.

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan