Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 80% selesai jalani Perintah Probesyen pada 2018

Sebanyak 84 peratus pesalah di sini selesai menjalani Perintah Probesyen pada 2018, naik sedikit berbanding tahun sebelumnya, menurut perangkaan terkini Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang dikeluarkan pada Selasa (11 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 11:01PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 11:06PM

SINGAPURA: Sebanyak 84 peratus pesalah di sini selesai menjalani Perintah Probesyen pada 2018, naik sedikit berbanding tahun sebelumnya.

Berdasarkan perintah tersebut, pesalah diletakkan di bawah intervensi berasaskan masyarakat oleh mahkamah atas kesalahan yang dilakukan, yang mungkin lebih sesuai daripada menghantar pesalah ke penjara atau rumah tumpangan remaja.

Demikian menurut perangkaan terkini Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) yang dikeluarkan hari ini (11 Jun).

Kian ramai menjalani Perintah Probesyen di rumah sedang MSF membentangkan lebih banyak khidmat keluarga yang lebih intensif.

Jenis kesalahan paling lazim dilakukan mereka yang dikenakan Perintah Probesyen pula adalah kesalahan mencuri, yang - membentuk lebih 26 peratus. Kes-kes probesyen lain tahun lalu termasuk yang berkaitan dengan dadah, rusuhan dan vandalisme ataupun perbuatan merosakkan harta benda.

Jumlah pesalah dadah yang diletakkan di bawah Perintah Probesyen tahun lalu juga meningkat kepada 9.1 peratus berbanding 8 peratus pada 2017.

Kebanyakan kes di mana Perintah Probesyen ditarik balik adalah disebabkan individu tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan walaupun sudah diberi masa mencukupi untuk menyesuaikan diri dan mencuba Intervensi Berasaskan Masyarakat.

Pada tahun lalu, MSF turut bekerjasama dengan pelbagai agensi sektor awam bagi memastikan para individu berkenaan mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada proses pemulihan mereka.

MSF juga terus meninjau pendekatan dan inisiatif baru. Namun, ia menekan bahawa sokongan keluarga amat penting bagi menyokong para pesalah yang menjalani Perintah Probesyen.  

Sumber : CNA/AQ/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan