Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 70 relawan, dermawan diiktiraf Majlis Anugerah SCS

Lebih 70 sukarelawan dan dermawan diiktiraf atas sumbangan bakti mereka kepada Persatuan Kanak-Kanak Singapura (SCS) alam tempoh dua tahun lalu. 20 daripada mereka menerima anugerah yang disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob hari ini (30 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2021 06:04PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 12:13AM

SINGAPURA: Lebih 70 sukarelawan dan dermawan diiktiraf atas sumbangan bakti mereka kepada Persatuan Kanak-Kanak Singapura (SCS) alam tempoh dua tahun lalu. 20 daripada mereka menerima anugerah yang disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob hari ini (30 Okt).

Puan Halimah berkata para penerima anugerah itu menunjukkan bagaimana semua pihak boleh memainkan peranan melakarkan masa depan lebih cerah bagi kanak-kanak.

Dua sukarelawan menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Ruth Wong. Ia bagi mengiktiraf sukarelawan cemerlang yang sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.

Salah seorang daripada mereka adalah Kapten Suresh Menon yang menganjurkan projek-projek mengumpul dana serta wisata bagi kanak-kanak dianiaya dan terbiar.

Kajian oleh seorang lagi penerima, Dr Tan Seok Hui, tentang penderaan kanak-kanak pula telah membantu masyarakat.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan