Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 7,000 karton rokok tanpa cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Sejumlah 7,484 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas ICA

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 7,000 karton rokok tanpa cukai dirampas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Sejumlah 7,484 karton rokok dirampas ICA. (Gambar: ICA)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 09:34PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 04:38PM

SINGAPURA: Sejumlah 7,484 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dari dua trak kargo yang berdaftar di Malaysia, di Pusat Pemeriksaan Tuas, pada Khamis (28 Jun).

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan hari ini (2 Jul), trak pertama diarahkan menjalani pemeriksaan pada sekitar 2 pagi.

ICA menambah bahawa rokok-rokok yang tidak dibayar cukai itu ditemui di dalam kotak-kotak hitam yang disembunyikan di bawah papan lantai trak.

(Gambar: ICA)

Kurang sejam kemudian, pada 2.50 pagi karton-karton rokok yang tidak dibayar cukai didapati disembunyikan dengan cara serupa di dalam sebuah lagi trak.

Jumlah keseluruhan cukai dan GST yang cuba dielakkan bernilai lebih $750,000.

Menurut ICA lagi, kedua-dua pemandu trak tersebut ialah warga Malaysia, berusia 35 dan 42 tahun. Mereka diserahkan kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut. Kenderaan terlibat juga ditahan.

"ICA akan terus menjalankan pemeriksaan-pemeriksaan keselamatan terhadap para penumpang dan kenderaan-kenderaan di pusat-pusat pemeriksaan bagi mengelakkan percubaan untuk menyeludup orang, dadah, senjata, bahan letupan dan kontraban lain," jelas ICA.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan