Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 6,200 orang sudah dapatkan suntikan vaksin COVID-19

Singapura sudah memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada lebih 6,200 orang dan akan terus meluaskan program pemvaksinan, menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Rabu (13 Jan) setelah beliau menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2021 08:41PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 10:25PM

SINGAPURA: Singapura sudah memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada lebih 6,200 orang dan akan terus meluaskan program pemvaksinan, menurut Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Rabu (13 Jan) setelah beliau menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

"Terutamanya sejak beberapa hari lalu, kami sedang mempertingkatkan kapasiti, dan semalam kami sudah memberi suntikan vaksin kepada 2,800 (orang)," tambah Encik Gan, yang menjadi pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19.

Encik Gan sedang bercakap kepada pihak media yang diundang di Hospital Kwong Wai Shiu, bersamaan pengerusi bersama Encik Lawrence Wong, yang juga menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Kedua-dua mereka menyifatkan suntikan itu sebagai tidak menyakitkan dan menunggu selama 30 minit bagi memantau sama ada terdapat sebarang kesan sampingan sebelum bercakap kepada para wartawan.

"Kami sedang merancang untuk terus meluaskan skop vaksinasi dan meningkatkan rentak vaksinasi untuk akhirnya meliputi seluruh penduduk di Singapura," menurut Encik Gan.

Untuk berbuat demikian, selain memanfaatkan poliklinik, dan segelintir klinik GP, empat pusat pemvaksinan akan ditubuhkan menjelang akhir Januari untuk membolehkan sejumlah besar penduduk menerima suntikan vaksin, menurut Encik Gan.

Dua daripada pusat itu sudah beroperasi sejak Rabu, satu di Lapangan Terbang Changi Terminal 4 dan satu lagi di Raffles City Convention Centre, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan media.

Baki dua pusat pemvaksinan, terletak di kawasan yang dahulunya merupakan Sekolah Menengah Hong Kah dan Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy, akan bersedia untuk operasi minggu depan, tambah MOH.

Singapura juga akan menubuhkan empat lagi pusat pemvaksinan menjelang akhir Februari, menurut kementerian itu

Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata bahawa pusat pemvaksinan di Lapangan Terbang Changi Terminal 4 adalah bagi anggota anak kapal dan pekerja lapangan terbang barisan hadapan, manakala Pusat Konvensyen Raffles City adalah untuk kakitangan marin, anak kapal dan pekerja barisan hadapan yang perlu menaiki kapal.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan