Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih $50 juta akan dibayar bantu syarikat laksana aturan kerja fleksibel

Lebih S$50 juta akan dikeluarkan di bawah geran yang dipertingkat untuk membantu firma-firma melaksanakan aturan kerja fleksibel semasa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2020 09:41PM Dikemas Kini : 28 May 2020 09:51PM

SINGAPURA: Lebih S$50 juta akan dikeluarkan di bawah geran yang dipertingkat untuk membantu firma-firma melaksanakan aturan kerja fleksibel semasa pandemik COVID-19.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan Geran Mengimbangi Kerja dan Kehidupan yang Dipertingkat itu sudah menarik lebih 2,700 permohonan dalam masa sebulan.

Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Tenaga Manusia Low Yen Ling berkata peruntukan keseluruhan bagi geran ini dinaikkan daripada S$100 juta kepada S$150 juta.

Skim ini akan membantu syarikat-syarikat memastikan para pekerja mereka selamat sepanjang tempoh sukar ini.

Permohonan dibuka sehingga 1 Jun, hari terakhir tempoh pemutus rantaian jangkitan.

Namun, Cik Low berkata geran ini akan terus tersedia walaupun selepas tarikh tersebut.  

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan