Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 5 kilogram ganja dirampas dalam rampasan terbesar tahun ini: CNB

Sebanyak 5.2 kilogram ganja dirampas dalam satu operasi pada Khamis (28 Jun). Ini merupakan rampasan ganja terbesar pada 2018, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 5 kilogram ganja dirampas dalam rampasan terbesar tahun ini: CNB

Ganja dan pelbagai dadah yang dirampas (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 29 Jun 2018 10:00PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 10:05PM

SINGAPURA: Sebanyak 5.2 kilogram ganja dirampas dalam satu operasi pada Khamis (28 Jun). Ini merupakan rampasan ganja terbesar pada 2018, menurut satu kenyataan Biro Narkotik Pusat (CNB) hari ini (29 Jun).

Pihak berkuasa menahan dua pesalah dadah, seorang lelaki dan seorang wanita kedua-duanya 28 tahun, dekat Tampines Street 83 dan menjumpai 4.8 kilogram ganja dalam kereta sewa lelaki berkenaan.Lebih banyak dadah ditemui di dalam beg mereka dan rumah lelaki berkenaan dekat Hougang Avenue 1.

"Siasatan sedang dijalankan ke atas kegiatan dadah kedua-dua suspek. Ganja yang ditemui dalam operasi ini adalah rampasan ganja terbesar pada 2018, dan cukup untuk memenuhi ketagihan lebih 700 penagih dalam seminggu," menurut CNB.

114 DIBERKAS DALAM OPERASI 11 HARI

Secara berasingan, seramai 114 suspek pesalah dadah diberkas dalam satu operasi selama 11 hari oleh CNB dan pihak polis antara 18 hingga 29 Jun.

Operasi serata negara itu termasuk kawasan Anchorvale, Ang Mo Kio, Bishan, Bukit Merah, Bukit Panjang, Compassvale, Potong Pasir, Punggol dan Toa Payoh serta Yishun.

Antara yang diberkas ialah seorang wanita yang sarat mengandung. Wanita itu ditangkap pada Rabu di sebuah flat berdekatan Yishun Avenue 4.

Dua anak kepada wanita berkenaan sedang bermain di luar rumah semasa para pegawai membuat tangkapan. Kedua-dua kanak-kanak itu berusia tiga dan enam tahun diserahkan kepada nenek mereka, menurut CNB.

Kenyataan itu menambah: "Suspek berusia 28 tahun itu sedang sarat mengandung. Siasatan awal menunjukkan bahawa dia terus menyalahguna dadah 'Ice' semasa mengandung". 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan