Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 5,000 flat HDB dilancarkan bulan ini; termasuk BTO di Punggol dan Yishun

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan penjualan bagi sebanyak 5,101 flat di bawah Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dan Tawaran Semula Flat Baki (ROF) pada Ogos 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 5,000 flat HDB dilancarkan bulan ini; termasuk BTO di Punggol dan Yishun

Punggol Point Cove. (Gambar: HDB)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 09:16AM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 09:20AM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan penjualan bagi sebanyak 5,101 flat di bawah Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dan Tawaran Semula Flat Baki (ROF) pada Ogos 2018. Ini menurut kenyataan media HDB yang dikeluarkan pada Selasa (28 Ogos).

Flat-flat tersebut termasuk 4,375 unit BTO di Punggol dan Yishun dan 726 unit ROF di pelbagai bandar dan estet, menurut HDB.

PENJUALAN BTO

Tawaran flat-flat BTO dibahagikan kepada empat projek di bandar-bandar belum matang seperti Punggol dan Yishun.

Keluarga yang layak membeli flat buat kali pertama boleh menerima geran perumahan sehingga S$80,000, yang terdiri daripada Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG) (sehingga S$40,000) dan Geran Perumahan CPF Khas (SHG) (sehingga S$40,000).

Ia menambah bahawa pilihan flat yang luas, yang terdiri daripada flat 2-bilik Flexi hingga Tiga Generasi (3Gen), ditawarkan untuk memenuhi keperluan perumahan bagi pemilk kali pertama dan kedua, keluarga berangkai, warga tua dan golongan bujang.

PENJUALAN ROF

Selain flat BTO, HDB juga akan menawarkan sebanyak 726 flat yang tidak dipilih dari Penjualan Flat Baki (SBF) November 2017 dan penjualan ROF pada Februari lalu.

Ia terdiri daripada 67 unit 2 bilik Flexi, 171 unit 3 bilik, 294 unit 4 bilik, 152 unit 5 bilik, 33 unit 3Gen dan 9 unit flat eksekutif di pelbagai bandar/estet, menurut HDB.

Menurut kenyataan itu lagi, warga tua boleh membuat permohonan sekiranya mereka memenuhi syarat untuk membeli flat 2-bilik Flexi dan mereka akan diberi keutamaan untuk memilih flat.

Pada Ahad (20 Ogos), HDB mengumumkan bahawa lebih 2,000 flat yang terletak di kawasan pesisiran Punggol akan dilancarkan pada bulan ini.

Flat-flat tersebut adalah antara dua projek perumahan pertama untuk daerah Punggol Point dan dijangka siap pada tahun 2023.

Menurut pengumuman bulan lalu, sekitar 4,300 flat baru di Punggol dan Yishun akan ditawarkan untuk dijual pada bulan Ogos.

HDB menyatakan bahawa ia akan melancarkan sebanyak 16,000 flat baru untuk dijual tahun ini, lebih rendah berbanding anggaran sebelumnya iaitu sebanyak 17,000 flat. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan