Lebih 480 alat mobiliti peribadi seperti e-skuter dirampas tahun ini
Lebih 480 alat mobiliti peribadi (PMD) dirampas dalam operasi-operasi penguatkuasaan untuk menangkap mereka yang menggunakan alat sedemikian di jalan raya
SINGAPURA: Lebih 480 alat mobiliti peribadi (PMD) dirampas dalam operasi-operasi penguatkuasaan untuk menangkap mereka yang menggunakan alat sedemikian di jalan raya. Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam catatan Facebooknya hari ini (19 Dis).
Ia menambah, lebih 2,400 operasi sedemikian sudah dijalankan. Operasi terkininya dijalankan di Loyang Drive. 15 PMD dirampas dalam operasi tersebut.
"Diharamkan menunggang PMD di jalan raya, dan melakukan demikian akan membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain," demikian menurut LTA. Ia menambah, para pegawai penguat kuasa akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menunggang PMD secara haram.
LTA mengeluarkan kenyataan di laman Facebooknya menyusuli beberapa kemalangan melibatkan PMD berlaku, termasuk satu insiden di Bedok Resevoir Road bulan lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.