Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 450 warga senja Teck Ghee terima habuan Tahun Baru Cina

Lebih 450 warga senja di kawasan undi Teck Ghee seolah-olah meraikan Tahun Baru Cina lebih awal hari ini (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2020 06:07PM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 09:06PM

SINGAPURA: Lebih 450 warga senja di kawasan undi Teck Ghee seolah-olah meraikan Tahun Baru Cina lebih awal hari ini (18 Jan).

Mereka disertai oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga penasihat kepada GRC Ang Mo Kio.

Selain beramah mesra dengan para penduduk, PM Lee juga mengagihkan hongbao dan habuan buah limau, baucar pasar raya dan minuman pati ayam.

Beliau kemudian mengunjungi pusat makanan berhampiran untuk memberi sampul duit Tahun Baru Cina kepada para penduduk.

Dalam pada itu Kuil Sri Mariamman di Chinatown hari ini meneruskan tradisinya menganjurkan acara sambutan Tahun Baru Cina untuk kali yang ke-18.

Para penghuni dan warga tua dari pelbagai rumah kebajikan dihiburkan dengan persembahan tarian singa selain diberi habuan dan juga hongbao.

Acara "Lo Hei" turut diadakan namun berbeza dengan lazim yang dilakukan, ia menampilkan lo hei versi sayur-sayuran atau vegetarian sahaja.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan