Images
  • tree planting day
    (Gambar: Mediacorp)

Lebih 450 penduduk sertai acara Hari Menanam Pokok di Ang Mo Kio dan Sengkang West

SINGAPURA: Lebih daripada 450 penduduk menyertai acara tahunan Hari Menanam Pokok di GRC Ang Mo Kio dan SMC Sengkang West hari ini (9 Nov).

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan para penasihat akar umbi menanam tujuh batang pokok. Mereka disertai para penduduk terutama sekali golongan muda.

Sebuah karnival makanan sihat tempatan dan permainan turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan masyarakat dan inisiatif hijau.

PM Lee juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang peraduan 'Ang Mo Kio In Bloom' (Ang Mo Kio Mekar Berkembang) yang mengiktirafkan kebun-kebun masyarakat yang boleh dicontohi.

- CNA/HK/ha

Top