Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400 penuntut posmenengah sektor prasekolah terima biasiswa

Lebih 400 penuntut posmenengah dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak menerima biasiswa dan anugerah latihan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) hari ini (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 400 penuntut posmenengah sektor prasekolah terima biasiswa
Diterbitkan : 06 Nov 2019 08:35PM Dikemas Kini : 06 Nov 2019 08:37PM

SINGAPURA: Lebih 400 penuntut posmenengah dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak menerima biasiswa dan anugerah latihan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) hari ini (6 Nov).

10 daripada penerima hari ini, diberikan Anugerah Pujian atas pencapaian cemerlang dalam pengajian mereka.

Tiga pendidik bertugas pula dianugerahi biasiswa ECDA kerana menunjukkan potensi kepimpinan dan iltizam kuat untuk menggalas tugas lebih besar.

Peningkatan dalam sokongan bagi golongan karyawan dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah sebahagian daripada usaha berterusan Pemerintah bagi menjamin mutu khidmat prasekolah selain memastikan ia kekal dimampui.

Di majlis petang tadi, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee menegaskan guru memainkan peranan sangat penting kerana mereka antara yang pertama membimbing generasi muda kita, selain berupaya membina kepercayaan ibu bapa.

Pelbagai skim juga sudah ditawarkan Pemerintah bagi mereka yang menceburi bidang ini untuk mempertingkat diri.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan