Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400 kes penderaan, penganiayaan secara lisan ke atas pegawai polis dalam tempoh 2 tahun

Terdapat lebih 400 kes dilaporkan melibatkan para pegawai polis yang berdepan penderaan fizikal atau penganiayaan secara lisan ketika menjalankan tugas antara 2019 dengan 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 400 kes penderaan, penganiayaan secara lisan ke atas pegawai polis dalam tempoh 2 tahun

Petikan skrin kejadian lelaki menahan daripada diberkas di Balestier Road pada Jun lalu.

Diterbitkan : 03 Aug 2021 02:48PM Dikemas Kini : 03 Aug 2021 02:49PM

SINGAPURA: Terdapat lebih 400 kes dilaporkan melibatkan para pegawai polis yang berdepan penderaan fizikal atau penganiayaan secara lisan ketika menjalankan tugas antara 2019 dengan 2020.

Demikian didedahkan oleh Menteri Negara bagi Ehwal dalam Negeri Desmond Tan di Parlimen hari ini (3 Ogos).

Ini termasuk insiden di mana para pegawai polis "dicabar oleh orang awam yang menganggu ketenteraman".

Encik Tan berkata demikian semasa menjawab soalan Parlimen yang ditanya oleh AP Cheng Li Hui (PAP-Tampines) tentang jumlah insiden sedemikian sepanjang dua tahun lalu.

Cik Cheng juga bertanya berapa banyak dalam kalangan kes sedemikian menerima sokongan pegawai tambahan dan bagaimana Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) memastikan para pegawai polis bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menangani konflik secara bersemuka.

Dalam responsnya kepada pertanyaan itu, Encik Tan berkata MHA tidak menyimpan rekod bilangan kes di mana para pegawai tambahan dikerahkan. Namun "bergantung kepada situasi, sumber tambahan dikerahkan bagi menyokong para pegawai di tempat kejadian untuk menangkap penjenayah, mengekalkan ketenteraman dan melindungi nyawa", katanya.

Para pegawai polis dilatih pelbagai teknik untuk menangani ancaman dinamik dan tidak diduga termasuk konflik secara bersemuka.

"Teknik-teknik ini melibatkan arahan lisan, taktik tidak bersenjata, baton, senjata renjat dan senjata api," kata Encik Tan.

"Para pegawai polis akan menilai ancamannya dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu itu, mengambil kira keselamatan orang awam dan keselamatan diri mereka sendiri serta keselamatan individu itu juga."

AP Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang) pula bertanya dalam soalan tambahan sama ada terdapat "sebarang pertolongan khas atau pampasan" bagi para pegawai polis jika mereka dicederakan oleh orang awam.

"(Jika) mereka cedera, yang akan berlaku dari masa ke semasa, mereka akan dibantu... dari segi perubatan dan pertolongan peribadi. Lebih penting sekali, kami akan terus menyokong mereka dalam tugas (yang) mereka pikul," kata Encik Tan.

Dalam bulan Jun, seorang lelaki ditangkap di Balestier kerana menimbulkan gangguan terhadap orang awam ketika dalam keadaan mabuk, menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai polis dan menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang seorang pegawai daripada melakukan tugasnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan