Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400 disiasat terbabit skim penipuan lebih S$13 juta

Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat 404 individu yang disyaki terbabit dengan skim penipuan sebagai penipu dan keldai wang dengan mangsa mereka mengalami kerugian lebih S$13 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 400 disiasat terbabit skim penipuan lebih S$13 juta

Para pegawai polis membuat rondaan di sebuah pusat beli-belah di Singapura. (Gambar fail: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 03 Dec 2021 01:48PM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 01:50PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang menyiasat 404 individu yang disyaki terbabit dengan skim penipuan sebagai penipu dan keldai wang dengan mangsa mereka mengalami kerugian lebih S$13 juta.

Para suspek terdiri daripada 283 lelaki dan 121 wanita yang berusia antara 15 dengan 72 tahun, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Jumaat (3 Dis).

Mereka dipercayai terbabit dengan lebih 1,000 kes skim penipuan, sebahagian besar terdiri daripada skim penipuan cinta Internet, e-dagang, menyamar diri sebagai pegawai China atau pemerintah, skim pelaburan, skim pekerjaan, skim pinjaman dan kredit bagi layanan seks.

"Kesemua suspek disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan menipu, pengubahan wang atau menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen," menurut polis.

Para pegawai dari Jabatan Ehwal Komersil (CAD) dan tujuh divisyen polis menjalankan operasi selama dua minggu antara 19 November dengan 2 Disember.

Sesiapa didapati bersalah kerana melakukan penipuan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Jika sabit kesalahan melakukan pengubahan wang, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$500,000 atau kedua-duanya sekali.

Hukuman bagi kesalahan menjalankan perniagaan menawarkan sebarang bentuk khidmat pembayaran tanpa lesen di Singapura membawa denda sehingga S$125,000, hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Polis memandang serius terhadap sesiapa yang terbabit dengan skim penipuan dan para pelaku akan dibawa ke muka keadilan," menurut SPF.

"Bagi mengelakkan daripada menjadi rakan subahat jenayah, orang awam dinasihatkan supaya menolak permintaan dari orang lain untuk meminjam akaun bank atau nombor telefon kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika ia berhubung kait dengan jenayah."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan