Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400 bungkus mi udang popular dihadiahkan percuma kepada kakitangan jagaan kesihatan

Sebanyak 420 bungkus mi udang popular dihadiahkan oleh menerusi masyarakat kepada kakitangan jagaan kesihatan setempat sebagai menghargai pengorbanan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 420 bungkus mi udang popular dihadiahkan oleh menerusi masyarakat kepada kakitangan jagaan kesihatan setempat sebagai menghargai pengorbanan mereka.

Langkah ini demi memberi sokongan kepada mereka yang terkena tempias diskriminasi dek kebimbangan sebilangan anggota masyarakat tentang virus COVID-19.

Inisiatif itu dimulakan oleh pasangan Muhammad Asri Ramli dan isterinya Deanna Chew yang merupakan usahawan mi udang halal popular di negara ini, iaitu Deanna’s Kitchen.

Hanya dalam sehari, mereka berjaya mengumpulkan sebanyak S$1,559 sumbangan masyarakat termasuk pelanggan mereka sendiri, yang ingin menaja Mi Udang buat kakitangan jagaan kesihatan.

Mi Udang Deanna's Kitchen. (Gambar: Denise Deanna/Instagram)

(Gambar: Denise Deanna/Instagram)

INSIDEN DISKRIMINASI CETUS IDEA HANTAR MI UDANG PERCUMA

Cik Deanna memberitahu BERITAmediacorp, idea itu tercetus apabila beliau terbaca rencana tentang para pemandu khidmat tempahan makanan yang enggan ke hospital.

Sejak dua minggu kebelakangan ini, bukan sahaja kakitangan jagaan kesihatan seperti jururawat perlu berdepan dengan risiko virus korona baru di tempat kerja, di luar hospital pula mereka bimbang didiskriminasi sebilangan anggota masyarakat yang salah tanggap bahawa mereka mungkin menularkan virus tersebut.

Malah timbul cerita-cerita bahawa mereka mengalami diskriminasi dalam lif, MRT, teksi dan kedai makanan.

“Ini membuat saya terfikir mungkin para jururawat berdepan masalah untuk mendapatkan khidmat penghantaran makanan. Jadi saya buat keputusan untuk menyerap kos penghantaran kepada kakitangan jagaan kesihatan,” jelas Cik Deanna.

(Gambar-gambar: Denise Deanna/Instagram)

(Gambar: Denise Deanna/Instagram)

Malah, mi udang yang ditempah akan dihantar sendiri oleh Encik Asri, Cik Deanna atau ibu beliau, Cik Ng Choon Lan.

TAK DUGA MASYARAKAT MAHU TAJA MI UDANG

Cik Deanna kemudian memuat naik promosi penghantaran mi udang percuma itu ke laman Instagram beliau pada Isnin (10 Feb).

Sejurus selepas itu, beliau menerima permintaan daripada salah seorang pengikutnya di laman tersebut untuk menaja 10 bungkus Mi Udang buat kakitangan jagaan kesihatan.

(Gambar: Deanna)

(Gambar: Denise Deanna/Instagram)

Didorong sifat murah hati pengikutnya itu, Cik Deanna kemudian memaklumkan bahawa beliau akan memadankan jumlah mi udang yang akan dihantar kepada kakitangan jagaan kesihatan.

“Tanpa kita sedar ramai pula pelanggan kita yang ingin menaja makanan itu. Jadi jumlahnya meningkat sampai ke 21 pelanggan yang taja satu set (10 bungkus) mi udang setiap seorang. Jadi kira 210 mangkuk kesemuanya. Jadi kita pun padankan lagi 210 mangkuk. Ini semua untuk memberi semangat kepada pekerja kesihatan di luar sana,” Encik Asri memberitahu BERITAmediacorp.

Setiap set tajaan daripada seorang individu adalah untuk 10 kakitangan jagaan kesihatan. Oleh kerana mereka menerima sumbangan bagi 21 set, yang mengandungi 210 bungkus mi udang, Encik Asri dan Cik Deanna memadankan jumlah itu dengan menambah lagi 210 bungkus.

(Gambar-gambar: Deanna)

(Gambar: Denise Deanna)

Ini bermakna, jumlah keseluruhan mi udang yang akan dihadiahkan adalah 420 bungkus - bermakna 420 kakitangan jagaan kesihatan dari beberapa buah hospital akan dapat menjamunya.

LUKISAN KANAK-KANAK SEBAGAI UCAP TERIMA KASIH

Untuk terus membakar semangat mereka, Cik Deanna juga bekerjasama dengan sebuah sekolah seni, Artsy Bugsy Studio di mana anaknya juga belajar, untuk menggalakkan kanak-kanak di sana melukis gambar-gambar comel dengan ucapan ‘Terima Kasih’.

(Gambar-gambar: Deanna)

(Gambar: Denise Deanna)

BERITAmediacorp berpeluang bertemu Encik Asri dan Cik Deanna di Hospital Besar Singapura semalam (13 Feb), selepas mereka menghantar lima set pertama mi udang kepada kakitangan jagaan kesihatan seperti dari Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-Kanak, Hospital Besar Singapura dan Hospital Tan Tock Seng.

(Gambar-gambar: Artsy Bugsy Studio)

(Gambar: Artsy Bugsy Studio)

“Mereka berasa sangat gembira dan berasa bahawa ada orang yang memberi semangat kepada mereka. Mereka juga suka menerima lukisan-lukisan daripada kanak-kanak di sekolah seni itu.

“Saya rasa sudah tiba masanya masyarakat memberikan dorongan dan sokongan mereka kepada kakitangan jagaan kesihatan yang sudah bekerja keras sejak dua minggu ini dan tunjukkan penghargaan kita. Bukan jauhkan diri dari mereka atau tiodak menghantar makanan kepada mereka. Saya rasa itu salah,” ujar Cik Deanna.

(Gambar-gambar: Deanna)

(Gambar: Denise Deanna)

Sebanyak 130 bungkus mi udang sudahpun diagihkan setakat ini dan bakinya diagihkan hari ini (14 Feb), hujung minggu ini dan pada minggu hadapan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan