Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400 barang bersejarah didermakan orang awam

Arkib Negara berharap dapat mengumpul barang-barang lama yang dibuat sebelum 1970 termasuk gambar mercu-mercu tanda lama serta pertubuhan yang sudah tidak lagi beroperasi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 400 barang bersejarah didermakan orang awam
Diterbitkan : 14 Jul 2018 09:58PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 10:04PM

SINGAPURA: Lebih 400 barang bersejarah yang ada kaitan dengan masa lampau Singapura didermakan orang awam hari ini (14 Jul).

Ia sebahagian daripada usaha Arkib Negara untuk membangunkan koleksi untuk negara.

Misalnya terdapat rakaman video lama yang diambil oleh datuk saudara Encik Nigel Sumner yang merupakan askar Britain yang berpangkalan di Singapura pada tahun 1950an.

Ia merupakan antara khazanah bersejarah yang didermakan orang awam yang bertujuan mencungkil kisah-kisah lama Singapura yang belum pernah dikongsi.

Arkib Negara berharap dapat mengumpul barang-barang lama yang dibuat sebelum 1970 termasuk gambar mercu-mercu tanda lama serta pertubuhan yang sudah tidak lagi beroperasi.

Barang-barang yang dinilai sesuai akan disertakan dalam koleksi negara bagi tujuan pameran serta penyelidikan pada masa akan datang.  

Sumber : CNA/NT/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan