Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih $4.8 juta lesap dalam kes penipuan menyamar sebagai pegawai China

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sekurang-kurangnya $4.8 juta lesap dalam kes penipuan melibatkan penyamaran sebagai para pegawai China.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih $4.8 juta lesap dalam kes penipuan menyamar sebagai pegawai China

Arahan langkah demi langkah yang dihantar oleh penipu yang membimbing mangsa di Liang Court. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 01 Jul 2019 10:51PM Dikemas Kini : 01 Jul 2019 10:54PM

SINGAPURA: Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sekurang-kurangnya $4.8 juta lesap dalam kes penipuan melibatkan penyamaran sebagai para pegawai China.

Jumlah itu bertambah lebih seganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Oleh itu, polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila menerima panggilan telefon sedemikian. Mereka tidak sepatutnya memberikan maklumat peribadi menerusi telefon.

Daripada 65 kes penipuan tersebut yang dilaporkan antara Januari hingga April lalu, sekurang-kurangnya 22 melibatkan Mesin Bitcoin dan wang yang lesap berjumlah $48,000.

Kebanyakan mangsanya diarah mengimbas kod QR untuk memindahkan wang menggunakan mesin sedemikian.

Menurut polis, dalam beberapa kes lagi, mangsa-mangsanya diminta mengeluarkan wang dari akaun bank mereka dan menyerahkan wang tersebut kepada orang yang menyamar sebagai pegawai pemerintah China, kononnya bagi tujuan pengesahan. 

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan