Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 300 keluarga Melayu/Islam tampil manfaatkan khidmat percuma mohon LPA

Mempunyai ibu dan bapa yang sudah berumur dan seorang anak berkeperluan khas mendorong Cik Siti Zulaikha Erfan untuk menyiapkan payung sebelum hujan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mempunyai ibu dan bapa yang sudah berumur dan seorang anak berkeperluan khas mendorong Cik Siti Zulaikha Erfan untuk menyiapkan payung sebelum hujan.

Memang sudah dari dulu lagi, beliau ingin membuat permohonan bagi Surat Kuasa Bekekalan (LPA) - iaitu dokumen yang membolehkan seseorang melantik orang lain untuk membuat keputusan bagi mereka untuk soal kebajikan peribadi dan urusan kewangan, sekiranya mereka hilang upaya mental suatu hari nanti.

Namun, Cik Zulaikha tidak tahu bagaimana cara-cara untuk membuat permohonan LPA.

Mujurlah, khidmat secara percuma yang dianjurkan sekumpulan peguam Melayu/Islam di bawah M³ itu menjawab segala soalan beliau berkaitan permohonan LPA.

Mereka juga membantu beliau memproses dan memfailkan permohonannya itu. Acara itu dikendalikan sekumpulan peguam Melayu/Islam di bawah rangkaian M³.

Cik Zulaikha dan adiknya dipilih oleh ibu bapa mereka sebagai 'wakil dilantik', manakala adiknya pula dipilih sebagai 'wakil dilantik' untuk dirinya.

"Sebab mak bapa dah berumur dan kita tak tahu apa-apa yang akan terjadi dan kita telah lihat pengalaman dari anggota keluarga yang sudah tiada susah kalau kita tak ada LPA ini nak tolong buat keputusan untuk isu-isu penting, seperti isu rumah ke," kongsinya kepada BERITAmediacorp.

PEGUAM: SOALAN MENJANGKAUI LPA

Selain memberi bantuan bagi mengisi borang LPA, para peguam sukarela M³ juga mendapati ramai juga yang tampil untuk mengajukan persoalan tentang isu-isu yang menjangkaui LPA seperti surat wasiat, pengendalian flat, dan pembahagian harta.

(Gambar: Mesra)

"Ramai daripada mereka yang mempunyai soalan yang melebihi isu-isu yang berkenaan dengan Surat Kuasa Berkekalan.

"Jadi kita terpaksa pula adakan satu stesen di mana kita memberikan nasihat kepada mereka yang hadir hari ini," kongsi Encik Imran Rahim, peguam sukarela M³.

Memandangkan jumlah pemohon hari ini melebihi kumpulan sasarannya, iaitu seramai 300 pemohon, pihak MESRA berkongsi bahawa ia dan Peguam@M³ merancang menganjurkan sesi permohonan selanjutnya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan