Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 30 pelajar Melayu terima pelbagai Anugerah Khas MOE 2020

Seramai 31 pelajar Melayu/Islam menerima Anugerah Khas Kementerian Pendidikan (MOE) tahun ini atas pencapaian luar biasa mereka dalam bidang akademik mahupun bukan akademik, seperti sumbangan bermakna mereka kepada masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 30 pelajar Melayu terima pelbagai Anugerah Khas MOE 2020

(Gambar: Kementerian Pendidikan/Facebook)

SINGAPURA: Seramai 31 pelajar Melayu/Islam menerima Anugerah Khas Kementerian Pendidikan (MOE) tahun ini atas pencapaian luar biasa mereka dalam bidang akademik mahupun bukan akademik, seperti sumbangan bermakna mereka kepada masyarakat.

Mereka merupakan di kalangan 201 pelajar dari 81 institusi pendidikan yang menerima 11 Anugerah Khas 2020 yang berbeza-beza.

Sebanyak 210 Anugerah Khas kesemuanya disampaikan kali ini, iaitu jumlah tertinggi yang disampaikan dalam tempoh setahun, dedah MOE dalam satu siaran media pada Isnin (28 Sep).

Sungguhpun demikian, disebabkan situasi COVID-19, tiada majlis penyampaian anugerah akan diadakan. Sebaliknya pihak sekolah digalak mengiktiraf pencapaian para pelajar mereka dengan mengadakan perjumpaan kecil-kecilan atau setidak-tidaknya menerbitkan pencapaian mereka di platform online masing-masing.

PELAJAR MELAYU DIIKTIRAF DALAM 8 DARIPADA 11 KATEGORI

Bagi lebih 30 pelajar Melayu/Islam yang mendapat Anugerah Khas tahun ini, mereka semuanya adalah penerima lapan anugerah berlainan.

Lapan anugerah yang dimaksudkan itu adalah:
(i) Hadiah Buku Perdana Menteri
(ii) Anugerah Lee Kuan Yew bagi Kecemerlangan dalam Pelbagai Bidang
(iii) Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew
(iv) Anugerah Lee Kuan Yew bagi Pelajar Kursus Normal Cemerlang
(v) Biasiswa Lee Kuan Yew untuk Menggalakkan Peningkatan
(vi) Anugerah Lee Hsien Loong bagi Pencapaian Khas
(vii) Anugerah Media Digital Interaktif Negara Bijak Lee Hsien Loong dan
(viii) Hadiah Buku Sultan Haji Omar Ali Saifuddien

Tiga Anugerah Khas lain yang diberikan adalah Anugerah Lee Hsien Loong bagi Pelajar Dwibudaya Cemerlang, Anugerah Lee Hsien Loong bagi Pencapaian Cemerlang dalam Pelbagai Bidang dan Anugerah Lee Kuan Yew bagi Matematik dan Sains.

Berikut perincian lapan Anugerah Khas dan senarai pelajar Melayu yang menerimanya:

HADIAH BUKU PERDANA MENTERI

Diperkenalkan pada 1974, anugerah tahunan ini khusus bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan Pra-U yang cemerlang dalam kedwibahasaan. 39 pelajar menerimanya tahun ini - 12 dari sekolah rendah, 17 dari sekolah menengah dan 10 dari Pra-U.

Penerima Melayu bagi anugerah ini adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah

1. Nor Aniqa Binte Norhazry
Dari Sekolah Rendah Kuo Chuan Presbyterian dan kini di Sekolah Perempuan Raffles (Menengah)

Kategori Sekolah Menengah

1. Muhammad Fikri Bin Jasmani
Raffles Institution

2. Sitti Haajar Bte Hasnan
Dari Sekolah Perempuan Crescent (kini pelajar Maktab Rendah Kebangsaan)

Kategori Pra-U

1. Muhammad Danial Afiq Bin Fharick
Maktab Rendah Tampines Meridian

(Gambar fail: Ngau Kai Yan)

ANUGERAH LEE KUAN YEW BAGI PELAJAR KURSUS NORMAL CEMERLANG

Anugerah LKY-ONC ini disampaikan buat pertama kalinya pada 2004. Ia mengiktiraf para pelajar daripada aliran nomal yang cemerlang dalam bidang akademik.

Hanya lima pelajar terbaik Normal Akademik dan lima pelajar terbaik Normal Teknikal akan diberikan anugerah ini. Tahun ini, dua pelajar Melayu Normal Teknikal muncul sebagai antara lima pelajar terbaik bagi Peperiksaan Peringkat 'N'.

Mereka adalah:

Kategori Normal Teknikal

1. Aqilah Binte Hairi
Dari Sekolah Menengah Dunman (kini pelajar Kolej Timur ITE)

2. Nur Halijjah Binte Jamaludin
Dari Sekolah Menengah Canberra (kini pelajar Kolej Tengah ITE)

ANUGERAH LEE KUAN YEW BAGI KECEMERLANGAN DALAM PELBAGAI BIDANG

Pengiktirafan pada peringkat nasional ini awalnya disampaikan kepada para pelajar menengah sejak 2005. Ia diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik, selain menonjolkan nilai-nilai yang diinginkan dari pendidikan Singapura.

Anugerah ini selanjutnya diperluaskan kepada pelajar sekolah rendah pada 2017.

Tahun ini, sembilan pelajar sekolah rendah dan 12 pelajar sekolah menengah menerimanya.

Kategori Sekolah Rendah

1. Amir Asfa Bin Muhammad Taufik
Dari Sekolah Rendah St Gabriel (kini pelajar Raffles Institution)

2. Nur Atiqah Binte Fairuz
Dari Sekolah Rendah Fuhua (kini pelajar Sekolah Menengah Jurongville)

Kategori Sekolah Menengah

1. Aadil Bin Jamari
Dari Sekolah Hai Sing Catholic (kini pelajar Raffles Institution)

Aadil Bin Jamari. (Gambar: Sekolah Hai Sing Catholic/Facebook) 

(Gambar: Sekolah Hai Sing Catholic/Facebook)

2. Fatin Mayasari Binte Amran
Dari Sekolah Menengah Yuhua (kini pelajar Kolej Tengah ITE)

3. Syed Mohd Khairulazizi B S M H
Dari Sekolah Menengah Chua Chu Kang (kini pelajar Kolej Tengah ITE)

ANUGERAH LEE HSIEN LOONG BAGI PENCAPAIAN KHAS

Anugerah LHL-ASA ini khas bagi para pelajar cemerlang dari Sekolah Assumption Pathway dan Sekolah Northlight yang berjaya melangkah ke ITE.

Penerimanya antara lain juga harus menunjukkan azamnya untuk menimba ilmu dan mempertingkat diri. Ini di samping menyumbang kepada sekolah mahupun masyarakat.

Dua pelajar menerima anugerah ini kali ini dan kedua-duanya merupakan pelajar Melayu:

1. Danish Bin Mohamad Noor
Dari Sekolah Assumption Pathway (kini pelajar Kolej Barat ITE)

2. Nur Arianna Binte Yussni
Dari Sekolah Northlight (kini pelajar Kolej Tengah ITE)

ANUGERAH MEDIA DIGITAL INTERAKTIF NEGARA BIJAK LEE HSIEN LOONG

Anugerah khas ini pula mengiktiraf kerja keras para pelajar politeknik sepenuh masa yang menceburi bidang Media Digital Interaktif.

Ia hanya diberikan kepada kumpulan pelajar yang projeknya memenuhi visi Negara Bijak. Ini bermakna, projek mereka memanfaatkan teknologi demi mempertingkat kehidupan rakyat, mewujudkan peluang dan membina masyarakat yang lebih kukuh.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. (Gambar: Gaya Chandramohan)

(Gambar fail: Gaya Chandramohan)

Lima projek terpilih tahun ini, termasuk:

1. Kumpulan dianggotai Izzat Hazim Bin Mustafa dari Politeknik Ngee Ann

2. Kumpulan dianggotai Muhammad Danial Adam Bin Sudirman dari Politeknik Singapura

BIASISWA LEE KUAN YEW UNTUK MENGGALAKKAN PENINGKATAN

Biasiswa ini istimewa kerana ia berupaya diperkenalkan atas usaha mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

Encik Lee Kuan Yew ketika itu menderma semua hasil penjualan Edisi Kedua Biografinya yang sudah ditandatangani beliau sendiri kepada Kementerian Pendidikan pada Oktober 2000.

Biasiswa ini diperkenalkan setahun kemudian, demi menggalak pembelajaran sepanjang hayat. Penerimanya harus cemerlang dalam pelajaran dan mempunyai rekod baik dalam kegiatan ko-kurrikulur.

Tahun ini, ada 15 penerima dari ITE dan 10 penerima dari politeknik. Semuanya sedang melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi secara sepenuh masa. Lebih 20 peratus penerima dari ITE adalah pelajar Melayu, iaitu:

1. Daniel Augusto Murlis
Dari Kolej Timur ITE (kini pelajar Politeknik Temasek)

2. Muhammad Shahrul Afiq Bin Azmi
Dari Kolej Timur ITE (kini pelajar Politeknik Republik)

3. Munifah Dhaniyah Binte Kamarudin
Dari Kolej Tengah ITE (kini pelajar Politeknik Singapura)

4. Nabillah Bee Binte Basheer Ahmad
Dari Kolej Tengah ITE (kini pelajar Politeknik Singapura)

ANUGERAH PELAJAR CONTOH LEE KUAN YEW

Disampaikan sejak 2017, Anugerah Khas ini adalah untuk para pelajar berkeperluan khas yang menjadi teladan menerusi pencapaian mereka dan sumbangan dalam pelbagai bidang, seperti akademik, vokasional, sukan dan seni.

Gambar fail mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew di satu sesi dialog pada 2011 (Gambar: Reuters)

(Gambar fail: Reuters)

27 pelajar menerima anugerah itu tahun ini. 10 daripada mereka adalah pelajar Melayu:

1. Daeng Andi Putra Bin Bakhtiar Effendi
Sekolah APSN Katong

2. Daniel Bin Mohamed Rizal
Sekolah AWWA

3. Fizzy Ezlyana Binte Md Begam
Sekolah APSN Tanglin

4. Hassanah Binte Kazali
Rainbow Centre - Sekolah Margaret Drive

5. Mohamed Shahmeer Bin Mohd Rafiq
Sekolah MINDS Towner Gardens

6. Mohamad Junaidi Bin Jamaludin
Sekolah MINDS Woodlands Gardens

7. Muhammad Firhad Bin Azhar
Sekolah Cerebral Palsy Alliance Singapore

8. Muhammad Haqeem Bin Aminudin
Sekolah Pathlight

9. Muhammad Rohaizat Bin Razid
Sekolah Tinggi APSN Delta

10. Nuralysya Binte Abdul Hamid
Sekolah Rainbow Centre - Margaret Drive

HADIAH BUKU SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN

Hadiah Buku ini juga diperkenalkan atas ihsan Mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew. Beliau menderma honorarium yang diterima dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Mula disampaikan pada 2009, anugerah ini bermatlamat mengiktiraf para penerima Biasiswa Lee Kuan Yew untuk Menggalakkan Peningkatan yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

Ada enam penerima tahun ini dengan separuh daripada mereka pelajar Melayu/Islam:

1. Daniel Augusto Murlis
Kolej Timur ITE (kini pelajar Politeknik Temasek)

2. Muhammad Shahrul Afiq Bin Azmi
Kolej Timur ITE (kini pelajar Politeknik Republik)

3. Nabillah Bee Binte Basheer Ahmad
Kolej Tengah ITE (kini pelajar Politeknik Singapura) 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan