Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3,500 pelajar terima baucar untuk beli keperluan sekolah

Lebih 3,500 pelajar daripada keluarga bergaji rendah akan menerima bantuan untuk membeli barangan sekolah dalam bentuk baucar bernilai S$630,000 secara keseluruhunnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3,500 pelajar terima baucar untuk beli keperluan sekolah
Diterbitkan : 16 Nov 2019 08:31PM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 08:34PM

SINGAPURA: Lebih 3,500 pelajar daripada keluarga bergaji rendah akan menerima bantuan untuk membeli barangan sekolah dalam bentuk baucar bernilai S$630,000 secara keseluruhunnya.

Jumlah penerima itu adalah yang terbesar diterima Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (SINDA) sejak melancarkan program "Kembali ke Sekolah" pada 2008.

Adik Ruthra berusia 12 tahun amat minat dengan sukan ragbi.

Namun begitu, keluarganya tidak mampu menampung latihan ragbi Ruthra dengan pendapatan keluarga mereka kurang daripada S$3,000 sebulan.

Ruthra bagaimanapun bernasib baik kerana merupakan antara lebih 3,500 pelajar yang menerima habuan sekolah bernilai S$180 di bawah program Kembali ke Sekolah SINDA.

Persatuan berkenaan bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Pusat Khidmat Keluarga dan Comcare untuk mengenal pasti keluarga-keluarga berkeperluan.

SINDA menyatakan pihaknya akan meningkatkan usaha pendampingan dan bekerjasama lebih erat dengan rakan kerja masyarakat untuk mengenal pasti keluarga berkeperluan.

"Apa yang kami benar-benar mahu adalah berhubungan dengan agensi-agensi dan mereka yang berdepan dengan pelajar yang memerlukan dan selalunya ini adalah agensi khidmat sosial, kumpulan bantu diri dan juga sekolah-sekolah," kata Menteri Kedua Pendidikan Indranee Rajah yang juga adalah Presiden SINDA.

Baucar-baucar akan diberikan selama empat hari di merata negara. 

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan