Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3.2kg dadah bernilai S$268,000 dirampas dalam serbuan CNB, wanita ditahan

Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan dan dadah bernilai sekitar S$268,000 dirampas dalam satu serbuan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Selasa petang (23 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3.2kg dadah bernilai S$268,000 dirampas dalam serbuan CNB, wanita ditahan

(Gambar: CNB)

Diterbitkan : 25 Nov 2021 06:34PM Dikemas Kini : 25 Nov 2021 06:40PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan dan dadah bernilai sekitar S$268,000 dirampas dalam satu serbuan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Selasa petang (23 Nov).

Kesemuanya sekitar 479g heroin, 546g dadah Ice, 2,183g ketamin, dan lima jalur Subutex dirampas.

Wanita itu ditangkap di kawasan Dover Crescent, kata CNB dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Satu bungkusan dan satu paket mengandungi sekitar 479g heroin dan pelbagai perkakas dadah ditemui pada wanita itu.

"Jumlah sedikit" Ice, lima jalur pil Subutex dan pelbagai perkakas dadah dirampas dari sebuah unit kediaman di Dover Crescent, kata CNB.

Satu lagi bungkusan mengandungi sekitar 546g Ice dan lima bungkusan mengandungi sekitar 2,183g ketamin turut dirampas daripada sebuah kenderaan yang diletakkan berdekatan.

Siasatan terhadap kesalahan dadah yang disyaki itu sedang dijalankan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan