Images
  • IMDEX
    IMDEX 2019 menarik penyertaan hampir 240 syarikat daripada 30 negara.

Lebih 230 syarikat dari 30 negara sertai IMDEX 2019

SINGAPURA: Beberapa kapal tentera laut yang terbesar dan paling canggih di dunia berlabuh di Singapura bagi satu pertunjukan pertahanan maritim dwitahunan.

Pihak penganjur IMDEX 2019 menyatakan acara berkenaan, iaitu yang terbesar sejauh ini, menarik penyertaan hampir 240 syarikat daripada 30 negara.

Kapal HMAS Canberra dari Australia merupakan kapal terbesar dan ia membuat penampilan unggul di acara itu.

Ia juga adalah kapal utama dalam Angkatan Tentera Laut Australia dan dilengkapi dengan keupayaan yang dipertingkatkan bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada negara-negara jiran.

Lebih 10,500 pelawat dagangan daripada 65 buah negara dijangka mengunjungi pameran itu.

Buat julung-julung kalinya juga, 13 syarikat pemula berpeluang mempamerkan idea-idea mereka kepada masyarakat maritim antarabangsa.

Satu persidangan turut akan dianjurkan dan dihadiri sekitar 400 wakil yang akan mengadakan perbincangan tentang usaha menggalak persefahaman dan kerjasama di Asia Pasifik.

- CNA/HA/ai

Top