Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 200 rumah jagaan individu berisiko tinggi perlu patuh piawaian pembersihan lebih ketat

Lebih 200 kemudahan dan rumah jagaan yang menempatkan individu mudah terjejas seperti golongan warga emas perlu mematuhi piawaian pembersihan lebih ketat mulai esok (30 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jul 2021 10:30PM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 10:33PM

SINGAPURA: Lebih 200 kemudahan dan rumah jagaan yang menempatkan individu mudah terjejas seperti golongan warga emas perlu mematuhi piawaian pembersihan lebih ketat mulai esok (30 Jul).

Ia bertujuan menjadi barisan pertahanan pertama menangkis ancaman-ancaman kepada kesihatan awam.

Menurut catatan Facebook Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), lebih 3,000 tempat yang ditentukan dijangka melaksanakan rejim pembersihan tersebut menjelang Mac tahun depan.

Ia termasuk kemudahan jagaan warga emas dan sekolah-sekolah.

NEA bekerjasama rapat dengan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak Kementerian Ehwal Keluarga dan Sosial untuk menentukan piawai yang sesuai.

Sekitar 350 penyelaras kawalan persekitaran premis (ECC) menjalani latihan dan akan menggalas tanggungjawab untuk mematuhi piawaian ditetapkan.

Menurut NEA, dengan adanya piawai asas itu, mereka akan dapat memastikan kebersihan dan keselamatan untuk semua.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan