Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 200 mahasiswa NTU akan pelajari Bakat Pengilangan Lanjutan

Perbadanan JTC, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) serta lapan syarikat pengilangan bekerjasama untuk melatih para mahasiswa dalam bidang pengilangan lanjutan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2019 09:58PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 10:16PM

SINGAPURA: Perbadanan JTC, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) serta lapan syarikat pengilangan bekerjasama untuk melatih para mahasiswa dalam bidang pengilangan lanjutan.

Lebih 200 mahasiswa NTU akan mempelajari kemahiran yang diperlukan di bawah program Bakat Pengilangan Lanjutan.

Ia juga membolehkan mereka mendapat pendedahan awal kepada industri tersebut menerusi program internship serta projek dengan syarikat-syarikat yang menyertai.

Program tersebut akan mempersiap pekerja masa depan 4.0 di mana proses penghasilan diubah menerusi pendigitalan dan automasi.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat melancarkan program tersebut di Hari Pengilangan Lanjutan di Daerah Inovasi Jurong hari ini (17 Jul).

Encik Chee berkata pemerintah akan terus bekerjasama rapat dengan rakan industri serta Institusi Pengajian Tinggi untuk menyokong latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja sekarang dan masa depan. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan