Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 20 Perintah Berhenti Kerja dikeluarkan terhadap tapak binaan tahun ini

 Lebih 20 Perintah Henti Kerja dikeluarkan ke atas tapak-tapak binaan pada tahun ini dan 10 kontraktor akan didakwa di mahkamah atas kesalahan berulang membiak nyamuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2020 07:52PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 08:50PM

SINGAPURA: Lebih 20 Perintah Henti Kerja dikeluarkan ke atas tapak-tapak binaan pada tahun ini dan 10 kontraktor akan didakwa di mahkamah atas kesalahan berulang membiak nyamuk.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagaimanapun menyatakan, pembiakan nyamuk Aedes di tapak-tapak binaan sudah berkurangan lebih separuh pada Ogos berbanding Julai.

Bagaimanapun masih ada kes mereka yang tidak mematuhi peraturan.
Ini termasuk tapak binaan dalam kelompok denggi di Arnasalam Chetty Road dan Kim Yam Road, serta sebuah lagi di Serangoon.

Kedua-dua tapak binaan masing-masing dikenakan dua Perintah Henti Kerja (SWO) pada Julai dan sekali lagi bulan ini.

Ini setelah NEA berulang kali menemui pembiakan nyamuk di lokasi.

NEA menyatakan, SWO bagi bulan ini akan ditarik balik hanya jika langkah-langkah pencegahan dilaksanakan.

Sementara itu, bilangan kes denggi mingguan kian merosot buat minggu kelima berturut-turut.

Lebih 700 kes dilaporkan minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi tahun ini kepada lebih 29,000 setakat ini.

NEA memberi amaran bahawa bilangan kes denggi masih tinggi sambil menambah, usaha mencegah denggi akan diteruskan.

Sumber : CNA/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan