Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 20,000 hulur sokongan kepada konsert 'Purple Parade' bagi bantu golongan kurang upaya

Lebih 20,000 orang menyingsing lengan membantu kempen dan konsert 'Purple Parade' tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Oct 2021 04:48PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 12:14AM

SINGAPURA: Lebih 20,000 orang menyingsing lengan membantu kempen dan konsert 'Purple Parade' tahun ini.

Ia merupakan gerakan terbesar di Singapura bagi menyokong serta meraikan bakat Golongan Kurang Upaya.

Semasa berucap di konsert tersebut siang tadi (30 Okt), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata inisiatif tersebut adalah penting bagi membangunkan masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang.

"Golongan kurang upaya tidak berbeza dengan kita. Mereka juga mempunyai keperluan yang sama seperti orang lain. Ramai mempunyai keupayaan berbeza, tetapi kehidupan mereka masih bermakna, dalam cara mereka sendiri," kata Encik Masagos.

Persembahan Kumpulan Simfoni Purple bukan satu-satunya acara yang berjaya menambat hati orang ramai yang mengikuti konsert tersebut.

Terdapat tujuh lagi persembahan yang menampilkan bakat-bakat daripada kumpulan golongan kurang upaya yang lain.

Konsert tersebut merupakan acara hibrid yang terbesar seumpamanya, dengan sekitar 200 peserta, menggabungkan persembahan secara langsung dan dalam talian. 

Sumber : CNA/IQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan