Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2 juta kunjungi Bazar Raya Geylang Serai tahun ini

Bazar Raya Geylang Serai berjaya memikat lebih dua juta pengunjung pada tahun ini. Jumlah itu juga jauh lebih tinggi berbanding 1.8 juta pengunjung yang dicatatkan pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jun 2019 07:53PM Dikemas Kini : 23 Jun 2019 11:42PM

SINGAPURA: Bazar Raya Geylang Serai berjaya memikat lebih dua juta pengunjung pada tahun ini. Jumlah itu juga jauh lebih tinggi berbanding 1.8 juta pengunjung yang dicatatkan pada tahun lalu.

Dalam ucapannya di majlis Perjumpaan Hari Raya Wisma Geylang Serai 2019 pada Sabtu (23 Jun), Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong menyifatkannya sebagai satu kejayaan yang sangat membanggakan.

Dengan bertemakan "Datang Beramai, Pulang ke Geylang Serai", bazar tahun ini turut menyaksikan semakin ramai pengunjung dan pelancong menyertai pelbagai acara dan kegiatan yang dianjurkan khas sempena bulan Ramadan dan Syawal.

Tetamu Terhormat, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, memuji Wisma Geylang Serai (WGS) atas pencapaian Bazar Raya Geylang Serai memperkayakan lagi nilai budaya dan warisan di kawasan Geylang.

Encik Wong juga tertarik dengan sikap terbuka WGS untuk saling bekerjasama dengan para pengendali bazar untuk mewujudkan suasana dan pengalaman yang menarik bagi para pelancong dan pengunjung.

Kejayaan bazar itu turut menarik perhatian tetamu luar negara, khususnya, Majlis Bandaran Kuala Lumpur dan sebuah delegasi dari Hong Kong yang datang ke Singapura pada Mei lalu untuk mempelajari cara-cara WGS mengendalikan bazar itu.

"Mereka melihat keprihatinan kita memastikan bahawa satu, kita memenuhi citarasa para pengunjung, kita mengambil masa memahami apakah yang diperlukan oleh para pengunjung, bagaimana kita beri kepuasan kepada para pengunjung dari segi aspek ruang-ruang yang disediakan," kata Datuk Bandar CDC Tenggara, Dr Maliki Osman.

Berdasarkan maklum balas yang diterima tahun lalu, WGS berhasil menangani keprihatinan dan memperbetulkan sebarang kelemahan untuk menampilkan konsep bazar yang lebih bertenaga dan selesa bagi para pengunjung.

"Kami mendengar maklum balas yang diterima tahun lepas dan kami merumuskan untuk satu rancangan bagaimana ia dapat memberi satu kesenangan dan satu bazar yang dikembalikan untuk masyarakat. Bazar yang masyarakat inginkan," menurut pengurus besar WGS, Mulyadi Ahmad.

Bagi separuh kedua tahun ini, beberapa acara menarik akan dianjurkan seperti Bazar Lambak/Satay Club, Pesta Makanan Hipster dan Peraduan Bakat-WGS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan