Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,500 pendaftaran diterima bagi sidang puncak Trump-Kim di S'pura

Singapura bakal menjadi tumpuan dunia minggu depan apabila ia menjadi tuan rumah sidang puncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 2,500 pendaftaran diterima bagi sidang puncak Trump-Kim di S'pura

Pusat Media Antarabangsa di Bangunan Pit F1 bagi sidang puncak Trump-Kim.

Diterbitkan : 05 Jun 2018 09:25PM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 09:28PM

SINGAPURA: Singapura bakal menjadi tumpuan dunia minggu depan apabila ia menjadi tuan rumah sidang puncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Lebih 2,500 individu daripada media tempatan dan luar negara dijangka akan membuat liputan acara itu, menurut jumlah pendaftaran yang diterima Kementerian Perhubungan dan Penerangan setakat hari ini (5 Jun).

Para wartawan yang bekerja di Pusat Media Antarabangsa, yang bakal dibangunkan di Bangunan Pit F1 di kawasan Marina Bay.

Akan ada beberapa bahagian di Pusat Media Antarabangsa, termasuk pusat penyiaran yang dikendalikan Mediacorp, yang menjadi penyiar tuan rumah bagi sidang kemuncak 12 Jun.

Kerja-kerja sedang dijalankan bagi membangunkan Pusat Media Antarabangsa itu. Sekitar 2,000 stesen kerja dan 50 ruang media akan disediakan, dan para wartawan akan mendapat akses kepada kemudahan wifi berkelajuan tinggi.

Kemudahan lain termasuk sistem penyiaran langsung, serta lokasi-lokasi bagi para penyiar untuk membuat liputan langsung. Bagaimanapun, hanya mereka yang membuat tempahan akan didahulukan. Bayaran akan ditetapkan oleh Mediacorp.

Pusat Media Antarabangsa akan dibuka dari jam 10.00 pagi pada 10 Jun sehingga 10.00 malam pada 13 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif Mediacorp Tham Loke Kheng berkata syarikatnya komited untuk menyampaikan "khidmat dan kemudahan sebaik mungkin" kepada para wartawan yang membuat liputan acara itu.

"Hingga saat ini, kami melabur dalam tenaga manusia dan kepakaran teknikal dan prasarana. Mediacorp sangat berbesar hati dapat menyiarkan acara bersejarah ini kepada dunia, iaitu titik bersejarah dalam mencapai keamanan dunia."

Tempat berlangsungnya sidang itu belum ditetapkan, namun Hotel Shangri-La dan Capella disebut-sebut sebagai antara tapak pilihan. Kawasan di kedua-dua hotel sudah diwartakan sebagai kawasan acara khas bagi sidang Trump-Kim.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan