Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 2,000 kes denggi dilaporkan pada suku pertama

Kes denggi meningkat lebih dua kali ganda dalam suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Apr 2019 04:18PM Dikemas Kini : 07 Apr 2019 10:04PM

SINGAPURA: Kes denggi meningkat lebih dua kali ganda dalam suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan media pada Ahad (7 Apr).

Lebih 2,000 kes dilaporkan sejak Januari, manakala 600 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut NEA, meskipun pihaknya mengesan kurang tujuh peratus nyamuk Aedes aegypti pada Mac 2019, berbanding Mac 2018, ia mendapati bahawa jumlah nyamuk masih tinggi.

"Negara-negara jiran kami juga sudah melaporkan kenaikkan kes denggi yang ketara sejak kebelangan bulan ini. Bulan-bulan yang lebih panas antara Jun hingga Oktober biasanya menyaksikan jangkitan denggi yang lebih tinggi di Singapura disebabkan putaran pembiakan dan pematangan nyamuk Aedes yang lebih pantas dan tempoh pengeraman virus denggi yang lebih singkat," menurut NEA.

NEA menjangkakan trend itu akan meningkat semasa musim panas dalam beberapa bulan mendatang, jika langkah-langkah pencegahan pembiakan nyamuk yang lebih tegas tidak dikuatkuasakan.

Pada Mac lalu, seorang wanita berusia 71 tahun merupakan mangsa denggi yang ketiga meninggal dunia semasa musim kes jangkitan memuncak.

Laporan itu menyusuli kematian dua lelaki lanjut usia pada Februari.

Berucap di perasmian Kempen Pencegahan Denggi Nasional di daerah Barat Laut, Encik Masagos Zulkifli menggesa usaha lebih bersepadu untuk terus memastikan agar jumlah nyamuk Aedes dapat dikurangkan dan mengekalkan kadar jangkitan denggi pada paras yang rendah menjelang kemuncak musim denggi.

NEA turut menambah bahawa ia merancang untuk mengerahkan 'Gravitraps' di blok-blok HDB baru dan memperluaskan sistem pengawasan 'Gravitrap' ke estet perumahan privet pada separuh kedua tahun 2019.

Sistem 'Gravitrap' yang direka oleh Institut Kesihatan Sekitaran (EHI) NEA, direka untuk menarik dan memerangkap nyamuk-nyamuk Aedes betina yang mencari tapak-tapak untuk menetaskan telur.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan