Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih $140 ribu dikumpul dalam Cabaran Masyarakat National Steps Challenge

Cabaran Masyarakat National Steps Challenge berjaya mengumpul lebih $140 ribu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih $140 ribu dikumpul dalam Cabaran Masyarakat National Steps Challenge

Lebih $140 ribu dikumpul dalam National Steps Challenge bagi Cabaran Presiden 2018. (Gambar: HPB)

Diterbitkan : 29 Apr 2018 01:06PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 02:52PM

SINGAPURA: Cabaran Masyarakat National Steps Challenge yang diadakan buat julung-julungnya berjaya mengumpul lebih $140 ribu.

Presiden Halimah Yacob menerima cek bagi pihak badan-badan amal di satu acara yang diadakan malam semalam (28 Apr).

Hasil kutipan derma itu akan membantu sekitar 60 pertubuhan dalam bidang jagaan kesihatan dan jagaan warga senja.

Cabaran selama empat bulan yang berakhir secara rasmi pada Mac lalu, menyaksikan 48 ribu orang mengambil bahagian di merata negara.

Secara purata, sebilangan kawasan undi mencatat sekitar 10 ribu ‘steps’ atau tapak setiap hari semasa tempoh cabaran itu, dengan para penduduk Toa Payoh mencatat tapak tertinggi, melebihi 10 ribu jtapak setiap hari.

Dianjurkan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), acara itu diadakan bersama dengan peraduan serata Sentosa yang menampilkan pelbagai permainan dan kegiatan mencari harta karun. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan