Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 11,900 tempahan dibuat pada hari pertama penebusan baucar SingapoRediscover

Tempahan yang dibuat di lima rakan syarikat tempahan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) bernilai sekitar S$1.86 juta dalam bentuk baucar dan bayaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 11,900 tempahan dibuat pada hari pertama penebusan baucar SingapoRediscover

Orang awam mendapatkan bantuan tentang penggunaan baucar SingapoResdicover di kelab masyarakat. (Gambar: Cindy Co)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 11:38PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 11:39PM

SINGAPURA: Lebih 11,900 baucar SingapoRediscover sudah ditebus untuk membuat tempahan hotel, tempat-tempat daya tarikan dan lawatan berpandu setakat 4.30 petang Selasa (1 Dis), yang juga hari pertama penebusan baucar tersebut.

Tempahan yang dibuat di lima rakan syarikat tempahan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) bernilai sekitar S$1.86 juta dalam bentuk baucar dan bayaran.

"Tempahan yang diterima bercampur-campur meliputi hotel, daya tarikan dan lawatan berpandu selain juga minat yang baik dalam pakej silang sektor," menurut STB.

Lebih 4,000 rakyat Singapura juga mengunjungi 53 kelab masyarakat pada Selasa untuk bertanya tentang baucar berkenaan, tambah STB.

"Anda tidak perlu tergesa-gesa menebus baucar itu kerana lebih banyak produk akan disediakan dalam tujuh bulan akan datang," jelas STB.

Setakat Selasa, ada lebih 280 produk yang layak untuk ditempah dalam laman web dan kaunter fizikal rakan penempahan bertauliah.

"STB akan terus bekerjasama dengan sektor pelancongan untuk menyediakan lebih banyak tawaran menarik mulai sekarang hingga 30 Jun 2021," tambah STB.

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan