Images

Lebih 100 relawan lancar kempen 3 hari agih 6,000 juadah

SINGAPURA: Lebih 100 sukarelawan sudah memulakan kempen tiga hari untuk mengagihkan 6,000 juadah ke merata bahagian tengah Singapura hari ini (5 Ogos).

Usaha itu adalah sebahagian daripada kerjasama antara Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Tengah dengan tiga rakan pertubuhan, yang bertujuan menyumbang semula kepada masyarakat.

Makanan-makanan mudah dimasak itu diagihkan oleh para sukarelawan dari syarikat pengeluar makanan JR Foods, perusahaan sosial ELPIS @ Hideout dan para pemain Kesatuan Ragbi Singapura.

Juadah tersebut diberikan kepada para keluarga dan warga tua yang kurang berkemampuan serta sebilangan orang yang tidak mempunyai tempat berteduh di kawasan itu.

Usaha tersebut adalah sebahagian daripada kempen "Do Good, Send Love"untuk menyebarkan kasih sayang menerusi makanan sempena ulang tahun negara yang ke-55.

Semasa merasmikannya, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata usaha itu menonjolkan sifat belas kasihan dalam kalangan rakyat tempatan. 

- CNA/AI/na

Top