Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 100 peserta berusia 13 hingga 60 tahun sertai kem NS wanita

Sedang orang lain mungkin pergi membeli-belah, Cik Josephine Lim, 40 tahun dan anak perempuannya 13 tahun, Kelicia Chng memutuskan untuk menyertai kem latihan wanita.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 100 peserta berusia 13 hingga 60 tahun sertai kem NS wanita

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 10 Sep 2019 08:53AM Dikemas Kini : 10 Sep 2019 08:59AM

SINGAPURA: Sedang orang lain mungkin pergi membeli-belah, Cik Josephine Lim, 40 tahun dan anak perempuannya 13 tahun, Kelicia Chng memutuskan untuk menyertai kem latihan wanita.

Apabila ditanya mengapa beliau menyertai kem dua hari satu malam itu - yang direka khas untuk memberi peluang mengalami kehidupan Perkhidmatan Negara (NS) - pelajar Menengah 1 yang pemalu itu menoleh ke ibunya dan sambil berseloroh berkata: "Ibu yang memaksa saya."

Sambil tertawa dengan kata-kata anak perempuannya, Cik Lim membalas: "Tetapi awak yang begitu teruja!"

Kedua-duanya adalah antara 111 wanita yang "daftar masuk" ke Kem Maju di Clementi semasa hujung minggu (7 Sep hingga 8 Sep). Kem latihan wanita itu kembali diadakan untuk tahun kedua..

Kem itu adalah satu inisiatif oleh Majlis Penasihat mengenai Hubungan Masyarakat dalam Pertahanan dan majlis masyarakat yang disokong oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Para penganjur menerima hampir 600 permohonan dan menggunakan sistem undian untuk memutuskan siapa yang dapat mengambil bahagian.

Untuk mengalami kehidupan NS dengan lebih baik lagi, para peserta diberi peluang menikmati snek tentera, cuba memikul beg askar, berlindung dalam hutan dan menjamu hidangan yang disediakan oleh rumah dapur tentera.

Kem tahun ini turut melibatkan beberapa aktiviti yang tidak dijalankan semasa edisi tahun lalu.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan